Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023


Dunia A Quiet Place akan diperluaskan!. Menurut laporan terbaru dari Deadline, studio Paramount telah meletakkan sebuah filem A Quiet Place yang tidak memiliki tajuk di kalendarnya untuk tahun 2023.

Filem terbaru itu akan ditulis dan diarahkan oleh Jeff Nichols, dan tidak akan menjadi sekuel pada filem yang baru dilancarkan A Quiet Place Part II. Sebaliknya, filem ini akan berdasarkan pada idea dari John Krasinski, dan lebih kepada “spinoff” dari filem-filem utama. Laporan menyebut, filem ini masih diperingkat awal pembangunan dan banyak pekara masih belum diputuskan.

Tetapi, perancangan spin off ini adalah untuk membantu memperluaskan dunia pasca-apokalpstik dan dunia raksasa yang diperkenalkan Krasinski dalam filem asal tahun 2018. Filem ketiga dalam francais A Quiet Place dijadualkan untuk tayangan pada 21 Mac 2023. 

Selepas ditunda disebabkan pandemik COVID-19, filem A Quiet Place Part II akhirnya dilancarkan pada 28 Mei 2021 di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain seluruh dunia. Filem terbaru ini segera mendaki puncak carta box office, apabila berjaya mengutip hampir $70 juta dolar pada minggu pembukaan tayangannya. 

Ansuran kedua menyaksikan kepulangan Emily Blunt sebagai Evelyn Abbot, yang kini memimpin kelangsungan hidup keluarganya berikutan kematian suaminya, Lee. Menyertainya adalah Noah Jupe dan Millicent Simmonds yang kembali sebagai Marcus dan Regan, disamping pendatang baru siri ini iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou.



Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee