Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan Dua Filem Spider-Man Universe


Sony bersedia untuk keluarkan filem terbaru Spider-Man. 

Menurut Deadline, studio itu telah menetapkan dua tarikh tayangan filem Sony/Marvel yang masih belum mempunyai tajuk. 

Laporan itu menyebut, Sony mengunci dua tarikh untuk filem akan datang; iaitu 8 November 2024 dan 27 Jun 2025.

Kedua-dua filem itu juga akan mendapat akses pawagam IMAX, yang mana peminat membuat spekulasi bahawa filem itu mungkin mempunyai kaitan dengan francais Spider-Man, iaitu ansura ketiga francais Venom dan filem Spider-Man 4 yang dinanti-nantikan.

Deadline juga menyebut bahawa setakat ini, tiada filem berprofil tinggi lain ditetapkan pada 8 November 2024, yang berpotensi membuka jalan kepada Sony untuk mendominasi pawagam dengan filem dari francais Spider-Man.


Universal Pictures turut mengunci tarikh 1 November untuk filem yang masih belum dinyatakan, manakala Warner Bros. akan mengeluarkan filem mereka pada 15 November, dengan Gladiator 2 telah ditetapkan tayangannya pada 22 November 2024. 

Filem Spider-Man terbaharu, Spider-Man: Across the Spider-Verse, diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, dan Justin K. Thompson.

Ia menampilkan suara Shameik Moore sebagai Miles Morales, Hailee Steinfeld sebagai Gwen Stacy, Jake Johnson sebagai Peter B. Parker, Issa Rae sebagai Spider-Woman, Daniel Kaluuya sebagai Spider-Punk, Karan Soni sebagai Spider-Man India, Oscar Isaac sebagai Spider-Man 2099, Jason Schwartzman sebagai The Spot, Brian Tyree Henry sebagai Jefferson Davis, Luna Lauren Velez sebagai Rio Morales, Greta Lee sebagai Lyla, Andy Samberg dan banyak lagi.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee