Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

UAE Telah Mengharamkan Filem ‘Spider-Man: Across the Spider-Verse’


Spider-Man: Across the Spider-Verse telah diharamkan di UAE. 

Filem adiwira animasi baharu daripada Marvel dan Sony menampilkan Miles Morales/Spider-Man.

Diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, dan Justin K. Thompson berdasarkan skrip oleh Phil Lord, Christopher Miller, dan Dave Callaham.

sekuel kepada filem Spider-Man: Into the Spider-Verse 2018 telah menjadi kejayaan kritikal dan komersial di Amerika Syarikat dan diseluruh dunia. 

Walaupun filem pertama berjaya ditayangkan di rantau ini, sekuel itu bagaimanapun telah diharamkan di Emiriah Arab Bersatu selepas gagal melepasi tapisan undang-undang tempatan.


Ini disebabkan oleh poster “lindungi kanak-kanak trans” yang muncul di latar belakang satu bingkai dalam filem itu.

Spider-Man: Across the Spider-Verse pada asalnya akan ditayangkan pada 22 Jun di di UAE. Walau bagaimanapun, filem tersebut mesti mematuhi “adat dan nilai tempatan,” terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak.

Banyak filem telah diharamkan di negara-negara Timur Tengah dan Teluk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk Thor: Love and Thunder, Doctor Strange in the Multiverse of Madness, West Side Story, dan Eternals

Sebab pengharaman kebanyakkannya berpunca daripada unsur-unsur LGBTQ yang diselitkan dalam filem-filem tersebut.  

Sumber: Comingsoon


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee