
Pengarah The Flash Andy Muschietti menjelaskan sebab CGI yang kelihatan pelik dalam filem supehero terbaru Warner Bros. itu.
The Flash dibintangi Ezra Miller sebagai Barry Allen/The Flash. Dalam filem itu, dia bekerjasama dengan versi alternatifnya dan Bruce Wayne/Batman versi Michael Keaton untuk melawan General Zod (Michael Shannon) dalam pengembaraan masa.
Terdapat segelintir penonton mengkritik kesan visual dalam filem itu, terutamanya dalam urutan aksi pembukaan dimana The Flash mesti menyelamatkan sekumpulan bayi yang jatuh dari tingkap.
“Ideanya, sudah tentu…kita berada dalam perspektif Flash,” Muschietti memberitahu io9 tentang adegan itu.
“Semuanya diherotkan dari segi cahaya dan tekstur. Kita memasuki ‘dunia air’ yang pada dasarnya berada dalam sudut pandangan Barry. Ia adalah sebahagian daripada reka bentuk, dan sengaja dibuat kelihatan sedikit pelik untuk anda”
Jadi kepada anda yang telah menonton filem The Flash, apa pandangan anda tentang kesan visual filem The Flash? adakah anda bersetuju dengan penjelasan Muschietti dimana kesan visual sengaja dibuat kelihatan pelik kerana memberi gambaran pada pandangan Barry kepada penonton?
“Barry Allen / The Flash mengembara ke masa lalu untuk menghalang pembunuhan ibunya, yang menyebabkan dia terperangkap dalam realiti alternatif tanpa metahuman,” menurut sinopsis.
Dia meminta bantuan Batman dan Supergirl daripada realiti alternatif untuk menyelamatkan dunia barunya itu daripada Jeneral Zod dan kembali ke alam semestanya”
The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League.
Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Sasha Calle sebagai Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen.
The Flash kini ditayangkan di pawagam.