AMARAN: Artikel ini mungkin mempunyai Spoiler untuk filem ini.
Dalam banyak-banyak karakter superhero Marvel, Spider-Man adalah karakter yang paling popular dan kerap muncul dalam filem. Bermula dari siri Spider-ManĀ 1 sehingga 3 dan kemudian filem reboot yang lebih “darker” dari siri pertama iaitu The Amazing Spider-Man 1 sehingga 2 dan yang terbaru, pihak Marvel Studio menghasilkan filem Ā Spider-Man Homecoming yang akan ditayangkan pada tahun 2017 nanti.
Setelah Marvel mendapatkan persetujuan dari Sony Entertainment, merekal telah memutuskan untuk menghasilkan kembali reboot filem Spider-Man dan tidak meneruskan siri The Amazing Spider-Man semata-mata mahu mengaitkan filem tersebut dengan filem-filem Marvel yang lain seperti kebiasaannya.
Apa yang menariknya mengenai filem terbaru Spider-Man ini, iaituĀ Spider-Man: Homecoming, ialah mengenai watak heroin yang mewarnai filem-filem Spider-Man sebelum ini.
Terdapat rumours mengenai watak heroinĀ dalam filem terbaru ini dan kebanyaknya peminat tertanya-tanya, adakah teman wanita Spider-Man akan turut sama dalam filem ini dan siapakah watak tersebut memandangkan kesemua filem Spiderman sebelum ini, watak tersebut sentiasa ada.
Siri franchise Spider-Man 1 sehingga 3, Mary Jane Watson merupakan teman wanita kepada Peter Parker dan Gwen Stacy muncul dalam Spider-Man 3 manakala The Amazing Spider-Man 1 & 2 pula teman wanita Spider-Man adalah Gwen Stacy. Ā Mana satu teman wanita Spider-Man? keliru bukan?
Ok mari kita lihat sedikit info mengenai teman wanita Peter Parker ini. Dalam siri Spider-Man, Mary Jane Watson merupakan teman wanita Peter Parker sebelum Peter bertemu Gwen Stacy, manakala The Amazing Spider-Man pula, Gwen merupakan teman wanita Peter yang pertama.
Jika mengikut kronologi, Gwen merupakan kekasihĀ Peter Parker sejak dari kolejĀ lagi manakala, Mary Jane adalah rakan sebelum mereka jatuh cinta apabila dewasa. Setelah Gwen mati dibunuh Green Goblin, Mary Jane adalah individu yang banyak membantu Peter Parker dan kemudian mereka bercinta dan berkahwin.
Memandangkan filemĀ Spider-Man: HomecomingĀ ini menceritakan kisah Peter Parker masih dibangku sekolah,Ā kemungkinan kedua-dua watak tersebut tiada. Ini kerana Gwen adalah kekasihnya semasa di Kolej manakala Mary Jane semasa mereka berdua telah dewasa.
Sebelum itu, kita tengok dulu aktres yang membintangi filem Spider-Man: Homecoming.
Dalam filemĀ Spider-Man: HomecomingĀ ini terdapat beberapaĀ aktress membintanginya iaitu Zendaya yang membawakan watak “Michelle”, Angourie Rice yang memegang watak Betty Brandt dan Laura Harrier sebagai Liz Allan
Sebelum ini peminat meletakkan Zendaya sebagai Mary Jane memandangkan Angourie Rice telah mengumumkan dia membawa watak Betty Brandt dan Laura Harrier sebagai Liz Allan. Tetapi aktress tersebut mendedahkan dia sebenarnya membawa watak “Michelle” rakan sekelas Peter Parker bukannya Mary Jane.
Memandangkan tiada aktress yang membawakan watak Gwen dan Mary Jane, so Peter tiada “girlfriend” lah dalam filem ini?
Nanti dulu, sebelun Peter bertemu Gwen dan Mary, dia sebenarnya mempunyai “crush” semasa di sekolah.
Menurut jalan ceritaĀ komik Amazing Spider-Man,Ā Peter Parker semasa di bangku sekolah mempunyai beberapa “crush” iaitu Liz Allan dan Betty Brandt. Diantara kedua-duanya, Liz Allan adalah “crush” paling rapat berbanding Betty Brandt dan dia pernah memberitahu Peter Parker yang dia meminatinya dan Peter Parker meminati Liz Allan secara diam-diam. Tetapi, pada masa itu Liz Allan telah mempunyai temam lelaki iaitu Flash Thompson.
Betty juga sebenarnya berminat dengan Peter, malah dalam komik Spider-Man, Liz dan Betty pernah bersaing sesama sendiri untu untuk menarik perhatian Peter Parker. Ini disebabkan mereka tahu kehebatan Peter Parker walaupun dia kelihatan seperti “nerdy” disekolah.
So, kalau filem ini benar-benar mengikuti jalan cerita komik, Spider-Man mempunyai dua teman wanita” iaitu Liz Allan ataupun Betty Brandt.
Tetapi kemungkinan besar watakĀ Liz Allan mungkin akan ditonjolkan sebagai “love interest” kepada Peter Parker kerana dia adalah wanita yang diminati Peter Parker berbanding Betty.