Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tulus Ikhlas, Telefilem Terbitan Astro Awani Di Calonkan Dalam Asian Television Award (ATA)

tulus-ikhlas

Telefilem Tulus Ikhlas terbitan Astro dicalonkan di Asian Television Award (ATA) 2016 dalam kategori ‘Best Single Drama’ menjadikan ia telemovie pertama Astro yang tercalon di acara anugerah berkenaan.

Ketua Unit Filem dan Drama Premium Astro, Saniboey Mohd Ismail berkata pihaknya sangat teruja apabila dimaklumkan mengenai pencalonannya oleh pihak ATA pada minggu lalu.

Beliau menyifatkan, jalan cerita telefilem tersebut yang berkisarkan permasalahan sosial masyarakat menjadi faktor utama ia tercalon, berbanding telefilem lain terbitan Astro sebelum ini.

“Tarikan telefilem ini adalah subjek yang diketengahkan, yang bertepatan dan sesuai dengan tahap festival.

“Peluang untuk menang itu saya fikir sama rata, namun harapan tetap ada,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Manakala Pengarah Tulus Ikhlas, Hafiz Ibrahim akui terkejut apabila dimaklumkan mengenai pencalonan karyanya, namun tidak menafikan sangat berbangga dengan pencapaian tersebut.

“Saya terkejut dan dalam masa yang sama berbangga apabila telefilem ini dapat pergi sejauh ini.

“Apa yang penting, pencalonan ini akan jadi pemangkin kepada saya untuk menghasilkan lebih banyak filem selepas ini,” katanya kepada Astro AWANI.

Telefilem ‘Tulus Ikhlas’ ditayangkan di saluran 480 Astro First Eksklusif Februari lalu.

Jalan ceritanya dikembangkan daripada satu iklan hari raya pada 2012 iaitu iklan Bernas yang berkisarkan dua kanak-kanak penghuni rumah amal digambarkan membuat perjalanan sendiri pulang ke kampung.

Watak Adi dilakonkan oleh orang kurang upaya cacat penglihatan, Mohd Safiq Arshad manakala Buyong diperanankan Azmi Bahron.

Turut membintangi Tulus Ikhlas ialah Azri Iskandar, Rahim Omar, Marissa Yasmin serta pengarang eksekutif di Astro AWANI, Noor Azam Shairi.
Asian Television Award (ATA) ke 21 akan bersiaran langsung pada 2 Disember ini di Singapura.

Sebelum ini, Datuk Aznil Nawawi pernah memenangi kategori Pengacara Terbaik Asia menerusi program Jalan Lupa Lirik dan pelakon kanak-kanak Puteri Balqis Azizi menang dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Televisyen Asian 2008 dan 2014.

ATA yang kini meniti tahun yang ke-21 penganjurannya merupakan satu-satunya majlis anugerah media peringkat Asia yang mengiktiraf kebolehan dan kemampuan luar biasa yang dapat membantu membawa industri ini ke tahap lebih tinggi di seluruh Asia.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Sony Tukar Tarikh Tayangan Ghostbusters: Afterlife, Uncharted, Cinderella & Peter Rabbit 2

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Wujudkan Media Sosial Untuk Pasaran Malaysia!

Kakimuvee

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating