Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Selami Jiwa Detektif Anda Dengan 6 Rancangan Menarik Di Disney+ Hotstar


Menjadi satu keterujaan kepada kita apabila berjaya membongkar kebenaran dan misteri dalam rancangan jenayah fiksyen. Dari menyusun setiap petunjuk hanya untuk dikejutkan dengan ‘twist’ yang tidak dijangka pada penghujung cerita, tidak hairanlah jika genre misteri dan thriller menjadi kegemaran ramai. 

Berikut ialah 6 rancangan di Disney+ Hotstar yang pasti membawa anda melalui teka-teki mental yang sangat menghiburkan dalam membongkar misteri di sebalik jenayah yang berlaku.

1. GRID

Menampilkan liku-liku yang menakjubkan, persoalan yang tidak terkira banyaknya, dan pelakon bertaraf bintang dari awal hingga akhir, siri Korea terbaharu di Disney+ Hotstar ini mengikuti sekumpulan orang yang menjejaki individu misteri yang hanya dikenali sebagai “Ghost”, yang pernah menyelamatkan manusia dari krisis global tetapi kini telah muncul semula sebagai rakan sejenayah kepada pembunuhan. 

Episod baharu Grid disiarkan setiap hari Rabu.

2. 24 JAPAN

Melawan pembunuh upahan berkemahiran tinggi hanyalah hari-hari biasa dalam kehidupan Shido Genba, pengarah Unit Counter Terrorist. Berdepan dengan misi rahsia untuk melindungi ahli politik yang boleh mencipta sejarah menjadi perdana menteri wanita pertama jika dipilih. Ikuti adaptasi siri TV dari A.S., 24, hanya di Disney+ Hotstar. 


3. MISTY

Apa yang berlaku apabila seorang penyampai berita yang berjaya dituduh membunuh bekas kekasihnya, yang kemudian suaminya yang terasing bertindak mempertahankannya di mahkamah? Ketahui kesudahannya apabila anda menonton kesemua 16 episod penuh drama ini, dibintangi pelakon yang pernah memenangi anugerah, Kim Nam Joo dan Ji Jin Hee.

4. ONLY MURDERS IN THE BUILDING

Jika anda sedang mencari sesuatu yang lebih ringan, rancangan ini mungkin untuk anda. Selepas kematian yang mencurigakan berlaku di bangunan pangsapuri eksklusif mereka, tiga orang yang tidak dikenali, yang dibintangi oleh Steve Martin, Selena Gomez, dan Martin Short, memulakan misi mereka untuk membongkar kebenaran – semuanya didokumenkan pada podcast jenayah sebenar mereka sendiri.

Ketika mereka bertiga bekerjasama untuk membongkar rahsia kompleks di sebalik bangunan itu, sambil menyembunyikan kebenaran antara satu sama lain, mereka tidak lama kemudian menyedari bahawa pembunuh mungkin tinggal di antara mereka. Saksikan musim pertama siri misteri komedi ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

5. THE X-FILES

Jika menyelesaikan kes yang melibatkan manusia kelihatan mudah, cuba bongkar kebenaran di sebalik kes yang belum selesa9 – melibatkan dunia ‘supernatural.’ 

Dari kes penculikan makhluk asing kepada haiwan yang boleh berubah bentuk, The X-Files mengikuti dua ejen khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), yang mempunyai kepercayaan yang bertentangan tentang kewujudan paranormal, ketika mereka bekerjasama dalam membongkar kes-kes yang sukar untuk dipercayai.

Dibintangi oleh pelakon pemenang Anugerah Golden Globe, David Duchovny dan Gillian Anderson, kesemua 9 musim siri TV ini, bersama-sama dengan filem dan siri istimewa 6-episod, rancangan ini pasti memberikan anda kesejukan yang ngeri.

6. CRIMINAL MINDS

Bagi peminat siri TV yang berkisarkan tentang jenayah, siri yang digemari ramai ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Ikuti skuad elit pemprofil FBI apabila mereka masuk ke dalam fikiran penjenayah yang disabitkan dengan jenayah paling kejam. Jika anda merasakan 15 musim siri asal tidak mencukupi, pastikan anda menambah dua spin-offnya – Criminal Minds: Suspect Behaviour dan Criminal Minds: Beyond Borders – dalam senarai tontonan anda.

Rakyat Malaysia boleh strim rancangan dan filem kegemaran anda dengan melanggan perkhidmatan streaming di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar di peranti Android dan IOS, dengan harga RM54.90 selama tiga bulan*.

Akses Disney+ Hotstar di Astro pada tawaran yang luar biasa. Pelanggan Astro Movies Pack (CH411 – CH416) mesti mengaktifkan melalui astro.com.my/Disney untuk segera memulakan penstriman Disney+ Hotstar.

 


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee