Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sangeeta Krishnasamy Teruja Bawa Watak Sebenar


Sangeeta Krishnasamy dan Cheryl Fernando, individu sebenar yang dilakokan olehnya

Pelakon Sangeeta Krishnasamy teruja apabila diberi peluang untuk menggalas watak seorang guru sekolah bernama, Cheryl Ann Fernando, iaitu guru Bahasa Inggeris dalam filem Melayu pertamanya berjudul “Adiwiraku”.

Menurut Sangeeta, dia pada mulanya tidak tahu langsung mengenai kisah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal ini, tetapi selepas bertemu dengan pengarah dan penerbit mengenai jalan cerita ini, dia terus menerima tawaran berlakon.

“Apabila saya membaca skrip, saya berasa sangat terharu dan tersentuh dengan jalan cerita ini jadi saya terus bersetuju untuk terbabit dengan filem ini.”

“Saya juga merasakan diri saya sangat bertuah apabila mendapat peluang untuk bawa watak sebenar yang masih lagi hidup,” katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem “Adiwiraku” di mmCineplexes.

Sangeeta turut mendedahkan yang dia pada mulanya berasa sedikit bimbang apabila mendapat dia akan berlakon dengan pelajar sekolah yang sebenar dan bukan pelakon, yang mana dia takut dirinya tidak mampu membawa watak itu seperti guru sebenar mereka, tetapi semua itu meleset kerana dia dilayan seperti dalam sebuah keluarga.

Antara babak lakonan Sangeeta sebagai Cikgu Cheryl dalam filem Adiwiraku

Pelakon yang popular di kalangan penonton Tamil ini juga memberitahu dia cepat serasi dan hubungannya dengan pelajar menjadi semakin rapat selepas hari pertama penggambaran bermula.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem “Adiwiraku”, Sangeeta tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya dengan keadaan pelajar-pelajar di sana yang mana kita sebelum ini tidak menjangkakan ia masih wujud.


“Saya sendiri tidak tahu di mana SMK Pinang Tunggal di Sungai Petani. Apabila saya mula mengenali pelajar dan tahu mengenai cerita mereka yang mana ada di kalangan mereka pelajar miskin, mempunyai banyak masalah dan malah ada yang terpaksa tanggung keluarga di usia muda, ia membuatkan ‘mata terbuka’ untuk saya.”

Filem terbitan Sol Pictures Sdn Bhd ini bakal menemui penonton bermula 9 Mac ini.

Sementara itu, dalam perkembangan terbarunya, Sangeeta bakal muncul dengan filem Melayu keduanya yang berjudul “Jebat” tidak lama lagi.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee