Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Polis Evo 2: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Polis Evo

Selepas kejayaan memberangsangkan filem Polis Evo 2015, studio Astro Shaw kembali menghasilkan filem kedua Polis Evo 2, kesinambungan kepada siri filem pertama. Tidak banyak details yang diketahui setakat ini, namun dengan pencarian begitu ramai pelakon pembantu yang diadakan pada bulan lepas, kami jangkakan filem ini lebih besar dari sebelumnya.

Menurut beberapa sumber yang kami baca, sehingga kini 4 pelakon sudah disahkan akan menjalani pengambaran dengan Shaheizy Sam akan kembali membawakan watak Inspektor Khai manakala Zizan Razak pula mengekalkan watak Inspektor Sani.


https://www.instagram.com/p/BRA4LchD4Wp/?taken-by=zizanrazak869&hl=en

Dua Pelakon lain yang turut membintangi filem Polis Evo 2 ialah Azad Jazmin dan Idris Khan. Azad akan membawa watak seorang anggota polis dalam filem arahan Ghaz Abu Bakar ini, manakala watak Idris Khan tidak diketahui buat masa ini.

Jika filem pertama, Terengganu menjadi lokasi pilihan, untuk kali ini dijangka Pulau Pinang, Kedah, Ipoh dan Kuala Lumpur bakal menjadi lokasi pilihan. Ini berdasarkan lokasi ujibakat pelakon pembantu yang dijalankan di negeri-negeri tersebut.

Polis Evo 2 arahan Ghaz Abu Bakar bakal menemui penonton tidak lama lagi. Teruskan bersama kami untuk update mengenai filem paling hot 2015.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment