Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Rodrick Mahu Adakan Pesta Terhebat Dalam Klip Filem “Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules”


Klip baharu daripada filem Disney+ yang akan datang Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules telah dikeluarkan, mempamerkan rancangan parti rahsia ketika adik beradik Heffley mendapati diri mereka di rumah sendirian.

Klip tersebut menunjukkan Rodrick Heffley meyakinkan adiknya Greg untuk mengadakan pesta sementara ibu bapa mereka keluar bercuti, menjanjikan pesta “epik” yang akan diingati selama beberapa dekad akan datang.

Anda boleh tonton klip Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules dibawah:

Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules diarahkan oleh Luke Cormican (Teen Titans Go!) daripada lakon layar yang ditulis oleh Jeff Kinney. Ia menampilkan suara Brady Noon (The Mighty Ducks: Game Changers), Ethan William Childress (mixed-ish), Ed Asner (Up), Chris Diamantopoulos (Silicon Valley), Erica Cerra (Power Rangers), dan Hunter Dillon (Deadpool 2).

“Telatah lucu Greg Heffley yang dilanda kecemasan dan terdedah kepada bencana diteruskan dalam Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules, kali ini memfokuskan pada hubungan rumitnya dengan abangnya, Rodrick,” menurut sinopsis itu.


“Seorang pelajar sekolah menengah berambut spikey, Rodrick malas dan tidak berdisiplin dan menghabiskan terlalu banyak masa berlatih dengan kumpulan rocknya, Löded Diper. Walaupun dia suka menyeksa Greg, dia akhirnya mempunyai rasa sayang yang mendalam terhadap adiknya.”

Anda juga boleh lihat poster utama dibawah:


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee