Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

iQIYI Lancar 4 Drama Mega Disember Ini Sempena Jualan Super 40% Diskaun Untuk Akses VIP


Dengan 2022 menghampiri penghujungnya dan bersempena sambutan festival penghargaan yang semakin dirasai, iQIYI ingin menghadiahkan rakyat Malaysia diskaun istimewa bagi membolehkan mereka menikmati drama kegemaran mereka.

Bermula dari 12 Disember hingga 18 Disember, pengguna iQIYI bakal menikmati diskaun 40 peratus bagi langganan akses VIP tahunan mereka. Akses VIP tahunan standard kini ditawarkan pada harga RM 69.60, manakala akses VIP tahunan premium pula pada RM 104.90.

Sebagai pengguna VIP, mereka akan menikmati keistimewaan mengakses episod terkini drama baharu lebih awal dari pengguna lain. Pengguna juga boleh menggunakan fungsi muat turun episod baru ke aplikasi iQIYI. Fungsi ini akan memudahkan anda menonton drama kegemaran tanpa sambungan internet, sekaligus memudahkan anda untuk menikmati hiburan semasa menunggu penerbangan, dalam perjalanan pulang ke kampung atau dimana-mana sahaja. 

Keistimewaan lain untuk pengguna VIP adalah termasuk langkau iklan untuk hiburan berterusan tanpa gangguan, akses penstriman secara serentak melalui beberapa peranti untuk satu akaun VIP serta tontonan video berkualiti definisi tinggi (HD). Dengan semua manfaat ini, ia bakal menjadi hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka yang tersayang (atau diri sendiri!) dan mereka boleh menikmati drama-drama dan filem tempatan, Korea dan Cina kegemaran secara on-demand.

Berbalik kepada kandungan terbarunya, iQIYI juga menampilkan barisan drama Cina dan drama tempatan yang bakal ditayangkan pada minggu hadapan bagi membolehkan penonton menambah senarai mesti-tonton mereka pada musim cuti ini:


Drama-C

Lesson in Love

Tayangan Perdana: 11 Disember

Guru bahasa Cina, Chen Meng Jun (lakonan Ann Hsu) menjadi sasaran cinta Zhang Yi Xiang (lakonan Edward Chen), seorang genius akademik dan pembuli sekolah. Selain sokongan berterusan daripada Dekan Hal Ehwal Akademik, Li Da Wei (lakonan Hsueh Shih Ling) yang membantu Zhang Yi Xiang, dia turut disokong oleh ibunya, Xie Shu Fen (lakonan Ivy Yin), yang merupakan ketua manipulatif kumpulan sokongan ibu bapa sekolah. Bermula pada pertemuan pertama dengan bertentangan mata, hubungan antara Meng Jun dan Yi Xiang secara drastik bertambah rapat dalam tempoh yang singkat. Saksikan drama percintaan kampus yang menjadi topik perbincangan hangat di kalangan pelajar dan guru.

She and Her Perfect Husband

Tayangan Perdana: 14 Disember

Qin Shi (lakonan Yang Mi) ialah seorang peguam berpangkat tinggi di sebuah firma guaman ternama tetapi dinafikan kenaikan pangkatnya oleh jabatan hal ehwal keluarga memandangkan dia belum berkahwin. Untuk membantunya naik pangkat, abang kedua Qin Shi, Qin Wen Yu memalsukan status perkahwinannya tanpa pengetahuannya. Tanpa disangka, “suaminya”, Yang Hua (lakonan Kevin Xu) bertemu dengannya semasa perjalanan ke majlis perkahwinan yang telah diatur secara paksa, dan kedua-duanya bersetuju untuk bekerjasama dalam perkahwinan palsu itu. Yang Hua ialah individu yang suka berada di rumah yang mengendalikan pasaran saham dan gemar bermain dengan kura-kura peliharaannya. Sakit hati dengan desakan berterusan ibu bapanya yang memaksanya mencari pasangan dan membina keluarga, dia bersetuju dengan cadangan perkahwinan kontrak itu. Adakah Qin Shi, dengan pengalaman perhubungan yang tidak pernah bertahan melebihi 18 bulan, dan Yang Hua yang hidupnya hanya berlegar di sekitar katilnya, kura-kura dan pasaran saham, akan menjadikan perkahwinan kontrak mereka berhasil?

Drama Tempatan

Hati Tanpa Rasa

Tayangan Perdana: 13 Disember

Kaisara (lakonan Scha Elinnea) berasal dari keluarga miskin di sebuah kampung kecil tetapi memiliki pekerjaan yang baik di bandar. Dia menyembunyikan latar belakang sebenar kerana bimbang disisihkan rakan-rakannya. Pada suatu hari, ibu bapanya datang untuk melawatnya tetapi dia dengan kejamnya enggan menerima kunjungan mereka. Nidham (lakonan Redza Rosli) yang melihat kejadian itu, memutuskan untuk membawa ibu bapa Kaisara pulang ke rumahnya. Malangnya, bapa Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam itu. Sejak itu, Nidham bertekad untuk memberi pengajaran kepada Kaisara.

Budak Tebing 3

Tayangan Perdana: 14 Disember

Arif (lakonan Adam Lee) berubah selepas tragedi yang berlaku dalam hidupnya. Dia menjadi seorang yang serius dan menyibukkan diri dengan kerja sehingga menjejaskan hubungannya dengan Yoyol (lakonan Fariz Iskandar) dan Talam (lakonan Firdaus Ghufran). Kemudiannya, muncul Kirin (lakonan Nabil Aqil), yang cuba berkawan dengan kanak-kanak lain dan ia membuatkan Arif berasa tidak senang.


Related posts

iQIYI Lancar Rancangan Aneka Hiburan Pertamanya Bersama GrabFood Malaysia

Kakimuvee

Watak Beto Kusyairi Semakin Psycho, Plot Drama ‘Bunga, Aku Tunggu’ Buatkan Penonton Tidak Senang Duduk

Kakimuvee

iQIYI Umum 3 Judul Original & Eksklusif Untuk 2023, Rampas Cintaku Kembali Dengan Musim Ke-2

Kakimuvee

Adunan Plot Berat Dalam Drama ‘Bukan Puteri Lindungan Bulan’, Janna Nick Buatkan Penonton Cemas Dalam Episod Seterusnya Di iQIYI

Kakimuvee

Fasha Sandha Dedahkan Isu Kesihatan Mental Selepas Bersalin Dalam Siri Psiko Thriller ‘Serpihan Sayang’ di iQIYI

Kakimuvee

Penampilan Sulung Nazim Othman Dalam Siri Komedi Pertama & Ruhainies Dengan Loghat Pulau Pinang Aslinya Dalam “Sorry Naik Lori”

Kakimuvee