Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Downey Jr. Dilihat Berada Di Set ‘Captain America: Brave New World’


Seorang pengguna LinkedIn telah mendedahkan kehadiran Robert Downey Jr. di set penggambaran filem MCU akan datang, Captain America: Brave New World. 

Seorang penceramah ucaptama Nawar Shora telah menyiarkan perkongsian di Linkedln tentang penggambaran sekuel Captain America berhampir pejabatnya.

Shora menyatakan bahwa semasa berbual ringkas dengan anggota keselamatan di set penggambaran itu, dia diberitahu bahawa Robert Downey Jr. hadir set pada malam sebelumnya, dan “mereka memandu pelbagai jenis supercar.”

“Mereka sedang membuat penggambaran Captain America 4 di sekitar White House dan berhampiran pejabat saya,” menurut catatan LinkedIn-nya.

“Saya sedang dalam berjalan kaki ketika saya melihat semua lampu dan peralatan dan akhirnya bertanya kepada salah seorang daripada anggota keselamatan mengenainya. Dia sangat bercakap dan baik, berkata — (SPOILER) — Robert Downey Jr berada di sana malam tadi dan mereka memandu pelbagai jenis kereta super. Kami berbual dengan baik dan bergelak ketawa.”


Captain America: Brave New World diarahkan oleh Julius Onah berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Malcolm Spellman dan Dalan Musson. 

FIlem ini menampilkan Anthony Mackie yang meneruskan peranannya sebagai Sam Wilson, dan kini memegang mantel Captain America yang baharu. 

Dia akan disertai Danny Ramirez dan Carl Lumbly, yang kembali meneruskan peranannya sebagai Joaquin Torres dan Isaiah Bradley. 

Selain itu, bintang The Incredible Hulk Tim Blake Nelson dan Liv Tyler juga akan mengulangi watak mereka sebagai penjahat Marvel Samuel Sterns/Leader dan Betty Ross selepas.

Harrison Ford turut membintangi filem ini dengan memainkan peranan sebagai Thaddeus Ross dan Shira Haas sebagai Sabra, dengan Xosha Roquemore dan Seth Rollins untuk membintangi dalam peranan yang tidak didedahkan. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee