Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer ‘The Nun II’ Bawa Kembali Biarawati Syaitan Valak Yang Menakutkan


Trailer pertama filem seram terbaru Warner Bros. Pictures The Nun II telah dilancarkan, mengembalikan syaitan Valak ke Conjuring Universe. 

Akan dilancarkan pada September 2023, The Nun II menandakan bab Conjuring Universe seterusnya, dan bertindak sebagai sekuel kepada filem pertama The Nun tahun 2018. 

Filem ini diarahkan oleh Michael Chaves, yang juga merupakan pengarah The Curse of La Llorona dan The Conjuring: The Devil Made Me Do It. 

Anda boleh tonton trailer The Nun II dibawah:

 

“1956 – Perancis. Seorang paderi dibunuh. Kejahatan sedang merebak. Sekuel kepada filem hit di seluruh dunia mengikuti Sister Irene ketika dia sekali lagi bersemuka dengan Valak, biarawati syaitan.” menurut sinopsis


The Nun II menyaksikan kepulangan Taissa Farmiga sebagai Sister Irene. Josan Bloquet dan Bonnie Aarons turut mengulangan peranan masing-masing, dengan Storm Reid dan Anna Popplewell menyertai barisan pelakon., 

Ian Goldberg, Richard Naing dan Akela Cooper menghasilkan lakonlayar, berdasarkan karakter yang dicipta James dan Gary Dauberman. James Wan dan Peter Safran berkhidmat sebagai penerbit. 

The Nun II akan dilancarkan pada 8 September 2023


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee