Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2


Saya sebenarnya sangat tertarik dengan dengan tajuk filem seram dari Indonesia ini, “sebelum iblis menjemput” agak kasar bunyinya. Sebelum saya menonton filem sekuel ini dipawagam, terlebih dahulu saya tonton filem pertama di Netflix, dan boleh dikatakan ‘not bad’ dan menyeramkan.

Jadi, saya letakkan sedikit ‘expectation’ dan berharap sekuel kali ini lebih menakutkan dari filem pertama.

Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 memiliki jalan ceritanya yang tersendiri dengan sedikit ‘reference’ dari filem asal. Ia ditetapkan 2 tahun selepas Alfie dan Nara berhadapan dengan pengalaman menakutkan, dan cuba membantu sekumpulan bekas penghuni rumah anak yatim dalam menghalang satu entiti jahat yang ingin membunuh mereka.

Walaupun filem sekuel ini mampu berdiri sendiri, ‘flashback’ kejadian dari filem pertama yang dialami Alfie menunjukkan kaitan yang kuat diantara kedua-dua filem, dan penonton harus menyaksikan filem pertama bagi merasai pengalaman dan memahami kenapa Alfie sering diburu Iblis. Tetapi, jika anda membuat keputusan untuk terus menonton filem ini, tanpa menyaksikan filem pertama, tidak mengapa, anda masih boleh memahami jalan ceritanya.

Secara jujurnya, ‘first act’ Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 sangat menarik dan menyeramkan. Alfie bermain lampu semasa mahu tidur, wanita melekat di siling rumah selepas diganggu entiti jahat antara babak awal yang berjaya membangkitkan perasaan seram dan menakutkan. Begitu juga pengenalan cerita yang mana ia menunjukan seorang wanita ketakutan sambil ditemani rakannya, dan persoalan kenapa Alfie diculik oleh sekumpulan individu. Bahagian pertama filem ini benar-benar membuka keterujaan saya untuk terus melihat apa yang akan berlaku seterusnya.


Namun begitu, bahagian kedua dan ketiga filem ini sedikit mengecewakan. Walaupun menyajikan lebih banyak adegan-adegan seram dan ‘gore’,  penceritaannya menjadi sangat meleret,  ‘cheesy’ dan ‘predictable’ meskipun terdapat ‘twist’. Saya yang pada awalnya dapat merasai suasana seram dan menakutkan, terus berubah mood. Mujur penyampaian elemen seram dan gore dapat mengelakkan saya dari merasa bosan. 

Apa yang perasan, filem ini banyak dipengaruhi elemen atau gaya filem seram dari barat, terutamanya Hollywood. Boleh dikatakan hampir tiada ciri-ciri Indonesia (kecuali watak dan pertuturan). Bagi saya, ia sesuatu yang bagus kerana usaha pengarahnya yang mahu membawa filem ini pasaran luar, cuma sayang, agak lemah dari struktur penceritaan. 

Meskipun sedikit bermasalah, saya akui bahawa saya sebenarnya ‘enjoy’ menonton filem ini, enjoy melihat keganasan hantu dan adegan seram yang non-stop. Pengarahnya juga tidak segan silu menunjukkan mangsa-mangsa dibunuh kejam, lebih kejam dari filem pertama. Gerun saya melihat muka mangsa dikoyak, peruk dirobek dan dihentam bertalu-talu sehingga penuh darah memercik. 

Dari segi teknikal, boleh dikatakan ‘ok’ terutamanya dari segi kesan khas fizikal, cuma yang agak teruk adalah CGInya, yang boleh dikatakan setaraf CGI filem tempatan. Rekabentuk produksi, skor dan ‘camera work’ banyak membantu dalam menghidupkan suasana seram terutamanya semasa penonton sedang bersiap-sedia untuk ‘terkejut’ dengan kemunculan hantu.

Secara keseluruhannya, Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 boleh dikatakan memuaskan. Jika anda mencari filem yang menjual ‘jumpscare’, hantu yang menakutkan dan suka melihat aksi-aksi ‘gore’ tanpa memikirkan jalan cerita, filem ini sememangnya sesuai untuk anda. 

Rating Kakimuvee: 6.5/10

Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 Kini sedang ditayangkan dipawagam tempatan


Related posts

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Teman Tidur’

Kakimuvee

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Tasbih Kosong’

Kakimuvee

Kajiman: Iblis Terkejam Penagih Janji Sinopsis & Trailer

Kakimuvee

Filem Seram Indonesia ‘Para Betina Pengikut Iblis’ Akan Memasuki Netflix Pada 16 Jun Ini

Kakimuvee

Kisah Hamka Diabadikan Dalam Filem Biopik Indonesia ‘Buya Hamka’

Kakimuvee

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan