
Selepas berjaya melepaskan diri dari kuasa jahat, Alfie dan adiknya, Nara bakal berhadapan dengan satu lagi bahaya seperti yang bakal dipaparkan dalam sekuel Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 yang akan ditayangkan 10 September ini.
Ditetapkan 2 tahun selepas kejadian menakutkan, Alife dan Nara cuba meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Biarpun cuba melupakan masa lampaunya, namun dia masih dihantui gambaran-gambaran menakutkan. Alfie menyedari akan bahaya yang bakal dihadapi bersama rakan-rakannya apabila muncul satu entiti jahat yang ingin membunuh mereka.
Diarahkan Timo Tjahjanto, Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 dibintangi pelakon seperti Chelsea Islan, Baskara Mahendra, Hadijah Shahab, Widika Sidmore, Karina Salim, dan Arya Vasco.
Sumber: TGV Pictures