Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Teman Tidur’


GSC Movies akan membawakan satu lagi filem seram Indonesi bertajuk Teman Tidur, yang akan ditayangkan pada 29 Jun ini. 

Teman Tidur mengisahkan Amanda yang tinggal di asrama supaya dia boleh fokus untuk mengambil bahagian dalam Olimpik Biologi. Di sana dia bertemu Adam dan kumpulan kawan-kawannya.

Keakraban Amanda dan rakan baharunya mencetuskan reaksi sinis Davin yang merupakan pelajar cemerlang. Davin masih tertekan dengan kematian rakan baiknya, Kelly, yang membunuh diri kerana video erotiknya yang tular.

Davin mengesyaki rakan Adam yang menyebarkan video tersebut. Perlahan-lahan, semangat Kelly kembali menghantui mereka melalui sembang video, menuntut keadilan untuk kematiannya.

Filem ini diarahkan oleh Ray Nayoan dan dibintangi pelakon seperti Givina Lukita, Mutiara Sofya, Baskara Mahendra dan ramai lagi. 


OFFICIAL TRAILER:


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee