Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Kuntilanak (2018)


Sebuah filem yang mengisahkan tentang kisah lagenda hantu Indonesia yang tidak asing lagi iaitu Kuntilanak. Dikatakan mendiami kawasan hutan atau hidup di dalam cermin yang telah disumpah.

Filem kali ini dimulakan dengan intro yang memaparkan tentang kisah sebuah keluarga dengan seorang anak yang telah kehilangan ibunya dan meratapinya sepanjang malam sehinggalah pada suatu malam, kanak – kanak tersebut telah didatangi seorang wanita yang menyerupai ibunya sendiri serta mengajaknya untuk ke suatu tempat. Tanpa disedari wanita itu sebenarnya adalah kuntilanak yang muncul dari sebuah cermin puaka yang sedia ada dalam rumah mereka. Akhirnya kanak – kanak tadi telah dilaporkan hilang dan kisahnya menjadi bualan sehingga mendapat liputan para media.

Kemudian, kisah kali ini dilanjutkan lagi dengan kisah kehidupan disebuah rumah seorang wanita yang mengambil kanak – kanak lain sebagai anak angkat. Pada suatu hari wanita ini terpaksa ke luar kawasan atas beberapa hal yang ingin diselesaikan dan anak – anaknya telah diletakkan dibawah jagaan seorang remaja perempuan ini yang mengenali tuan rumah. Hari – hari mereka selepas itu berlalu seperti biasa sehinggalah pada suatu hari teman lelaki kepada remaja wanita tadi telah membawa pulang cermin dari rumah pertama tadi yang kononnya ingin menggantikan sebuah cermin solek yang telah pecah di dalam rumah tersebut.

Semenjak kehadiran cermin itu, mereka sering diganggu oleh lembaga yang disyaki sebagai kuntilanak. Seorang demi seorang telah mengalami peristiwa aneh apabila menjelang malam. Salah seorang daripada kanak – kanak tersebut iaitu Miko telah membaca buku berkenaan Kuntilanak dan telah menjumpai cara untuk menghapuskannya. Dapatkah mereka berhadapan dengan puaka yang dibawa masuk kedalam rumah mereka sendiri ?

Filem Kuntilanak pada kali ini dilihat menampilkan kanak – kanak sebagai pelakon utama mereka dan dengan ini unsur seram juga tidak begitu hebat sekiranya ingin dibandingkan dengan filem Kuntilanak yang lain. Unsur humor yang disulam ke dalam jalan cerita ini pada kali ini dilihat agak natural dan bukannya jenis yang memaksa penonton untuk ketawa dan nampaknya hanya unsur humor inilah yang menjadi penyelamat dari “zon bosan” yang ada dalam filem ini.


Filem ini dikeluarkan untuk tontonan dengan klasifikasi U dan mempunyai masa tayangan sepanjang 1jam 48minit. Tiada post kredit scene namun hanya sedikit mid-credit scene.


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee