Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Don’t Look Up (2021)


Kita serangkali melihat filem-filem bencana yang memaparkan situasi umat manusia ketika mereka menghadapi kemusnahan yang bakal tiba. Tetapi, bagi pengarah Adam McKay, dia cuba menyampaikan cerita yang tidak pernah ditunjukkan dalam filem, situasi yang cukup berbeza yang mencerminkan realiti sebenar kehidupan.

Don’t Look Up bukanlah filem bergenre bencana sepenuhnya, ia lebih kepada tema satira sains fiksyen yang menggambarkan situasi dan tingkah laku umat manusia ketika mereka menerima berita mengenai hari kiamat. Leonardo DiCaprio dan Jennifer Lawrence, dua nama besar di Hollywood, memainkan peranan sebagai ahli astronomi yang cuba memberi amaran mengenai sebuah komet yang berpotensi menghancurkan ketamadunan umat manusia. 

Secara tersiratnya, filem ini adaalah kiasan untuk perubahan iklan global dan sindiran terhadap kerajaan dan sikap acuh tak acuh media terhadap krisi iklim. Menggunakan komet dalam konteks penceritaan adalah satu langkah yang jelas dan tepat mengenai sikap umat manusia yang menjadi punca kepada kepupusan mereka sendiri. 

Lihat sahaja bagaimana watak lakonan DiCaprio dan Lawrence yang cuba menyakinkan kerajaan dan masyarakat mengenai komet membunuh yang sedang menghampiri Bumi. Kerajaan langsung tidak mengambil berat, malah menggunakan kesempatan ini demi kepentingan politik mereka.

Media pula langsung tidak membantu, mereka lebih mementingkan gosip yang boleh menaikkan rating stesen penyiaran, dan netizen, yang sudah terbiasa dengan kehidupan media sosial, menjadikan amaran mereka sebagai bahan jenaka demi mendapatkan lebih banyak ‘like’ dan ‘share.’


Selain daripada satira, banyak pekara yang menarik tentang filem ini, terutamanya dari segi penulisan, ketepatan saintifik dan kehebatan barisan pelakonnya, terutamanya gambaran DiCaprio dan Lawrence sebagai astronomer. Banyak ahli astronomi membincangkan permulaan filem ini, dimana Lawrence pertama kali menemui komet, dan reaksi dua watak utama selepas mereka mendapati komet yang ditemui mereka sedang menuju ke Bumi. 

Barisan pelakon filem ini tidak nafikan hebat-hebat belaka. Setiap dari mereka berjaya membuatkan penonton merasa simpati ataupun rasa menjengkelkan. DiCaprio dan Lawrence benar-benar mengekspresikan kebimbangan mereka tentang ancaman komet, Meryl Streep dan Jonah Hill pula telah mencetuskan perasaan jengkel dikalangan penonton terhadap watak mereka, dan sudah tentu, watak Peter Isherwell, jutawan dan juga CEO BASH, lakonan Mark Rylance, menjadi antara watak yang di’benci’ penonton.

Pendek kata, dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar peranan, mereka semua berjaya membawa watak-watak mereka dengan begitu baik sekali. 

Walaupun Don’t Look Up menyampaikan realiti mengenai persediaan umat manusia menghadapi krisis global, serta pengentahuan tentang dunia astronomi, ia tidak bermakna filem ini sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Filem ini banyak menuturkan kata-kata kesat dan beberapa adegan yang tidak sesuai untuk ditonton penonton bawah umur.

Secara keseluruhannya, Don’t Look Up adalah filem satira sains fiksyen yang menarik walaupun hanya memaparkan sedikit sahaja kemusnahan. Dengan kehebatan para pelakonnya, jalan cerita, serta informasi mengenai dunia astronomi – secara tidak langsung, anda pasti melekat di tempat duduk anda, semata-mata mahu melihat apa yang akan berlaku dan bagaimana reaksi mereka selepas menyedari segalanya sudah terlambat. 

Don’t Look Up boleh distrim di perkhidmatan streaming Netflix.

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee