Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Disney Lancar Trailer Rasmi “The Ice Age Adventures of Buck Wild”

Walt Disney Studios telah melancarkan trailer rasmi untuk filem animasi Disney+ yang akan datang bertajuk The Ice Age Adventures of Buck Wild, sebuah filem spin-off dari francais blockbuster Ice Age. Filem animasi ini akan tersedia untuk penstriman pada 28 Januari 2021. 

Video ini menggoda kepulangan wira terhebat dalam sejarah semasa mereka kembali ke Lost World, tempat Crash dan Eddie bersatu semula dengan Buck untuk mempelajari cara menjalani kehidupan pengembaraan. Ia juga menampilkan Manny, Diego, dan Sid ketika mereka cuba membawa saudara-mara opossum pulang ke rumah.

Anda boleh tonton trailer rasmi dibawah:

The Ice Age Adventures of Buck Wild meneruskan penggembaraan lucu wira-wira kita sambil mereka mencipta lebih banyak kekacauan prasejarah. Sedikit bersemangat untuk hidup berdikari, adik-beradik possum yang mencari keseronokan, Crash dan Eddie, memulakan penggembaraan untuk mencari tempat mereka sendiri, tetapi tidak lama kemudian, mereka mendapat bahawa mereka terperangkap di bawah ais dalam sebuah gua yang besar yang didiami oleh dinosaur. 

Mereka diselamatkan oleh musang bermata satu, Buck Wild yang suka pengembaraan, dan bersama-sama, dengan bantuan beberapa rakan baharu, memulakan misi untuk menyelamatkan ‘Lost World’ daripada penguasaan dinosaur.

Ansuran baharu ini akan menampilkan suara Simon Pegg (Mission: Impossible – Fallout), Utkarsh Ambudkar (Free Guy), Justina Machado (One Day at a Time), Vincent Tong (Ninjago), dan Aaron Harris.

Ini menandakan ansuran pertama francais di bawah jenama Disney, berikutan pemerolehan 20th Century Fox. Spinoff ini diarahkan oleh John C. Donkin dari lakon layar yang ditulis oleh Jim Hecht, Ray DeLaurentis, dan Will Schifrin, berdasarkan cerita oleh Hecht. Lori Forte sekali lagi akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment