Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Filem Jenayah Korea Selatan “The Policeman’s Lineage” Akan Ditayangkan Di Pawagam 20 Januari Ini

Filem jenayah Korea Selatan The Policeman’s Lineage, lakonan Cho Jin-woong dan Choi Woo-shik, akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 20 Januari ini. Filem terbaru ini dibawakan khas oleh GSC Movies. 

Park Gang-Yoon ialah ketua pasukan penyiasat yang menangani jenayah berat. Pasukannya mempunyai rekod tangkapan yang tiada tandingan. Park Gang-Yoon mengutamakan membuat penahanan. Untuk itu, dia tidak kisah menggunakan kaedah haram untuk mendapatkan maklumat.


Choi Min-Jae ialah seorang pegawai polis baru. Dia seorang yang berprinsip. Untuk mendapatkan dokumen rahsia tentang mendiang bapanya, dia menerima misi untuk memantau Park Gang-Yoon dan mengumpul maklumat mengenai urusan rasuahnya. Dia kemudian menyertai pasukan Park Gang-Yoon.

Berdasarkan novel Jepun Blood of the Policeman karya Joh Sasaki, filem ini diarahkan oleh Lee Kyoo-man dan turut dibintangi Park Hee-soon, Park Myung-hoon, Kwon Yul dan ramai lagi. 

Anda boleh tonton trailer dibawah:

Related posts

Netflix Dedah Trailer Rasmi “Kung Fu Panda: The Dragon Knight”

Kakimuvee

[TRAILER] Kisah Misteri Makhluk Jerangkung Menghuni Sebuah Almari Lama Dalam Filem Terbaru Lakonan Dato’ Adi Putra

Kakimuvee

Son Hyun Joo, Jang Seung Jo & Ramai Lagi Kembali Dalam Poster “The Good Detective” Musim 2

Zulaikha

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Leave a Comment