Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rating Tontonan “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” Telah Didedahkan


Menurut Film Ratings, filem sekuel Marvel Cinematic Universe yang dinanti-nantikan, Doctor Strange in the Multiverse of Madness telah diberi penarafan PG-13 oleh MPAA untuk “urutan keganasan dan aksi yang sengit, imej menakutkan dan beberapa penggunaan bahasa yang tidak sesuai.”

Penarafan ini meneruskan keterujaan peminat, khususnya pada aspek nada gelap dan seram yang bakal ditampilkan dalam filem ini oleh Sam Raimi. 

Marvel Studios menetapkan tarikh tayangan pada 6 Mei 2022. Setakat ini, Doctor Strange 2 tidak berhadapan dengan saingan dari mana-mana filem besar yang lain. Bagaimanapun, debutnya masih dalam bulan yang sama dengan tiga filem berprofil tinggi seperti remake Firestarter, Chip ‘n Dale: Rescure Rangers dan filem lakonan Tom Cruise, Top Gun: Maverick. 

Benedict Cumberbatch dan Benedict Wong mengulangi peranan mereka sebagai Stephen Strange/Doctor Strange dan Wong. Chiwetel Ejiofor dan Rachel McAdams kembali dalam filem kali ini sebagai Karl Mordo, bekas rakan Doctor Strange yang bertukar menjadi musuh dan Christine Palmer, rakan sekerja yang juga kekasih Strange. 

Elizabeth Olsen mengulangi peranannya sebagai Wanda Maximoff dan pendatang baharu MCU, Xochitl Gomez sebagai America Chavez. Michael Stuhlbarg kembali meneruskan peranannya sebagai Nicodemus West. Dijangkakan lebih banyak pelakon akan muncul sebagai cameo dalam filem kali ini, cuma peminat perlu menantikannya, sama ada dalam trailer terbaru ataupun filem. 


Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Eric Hauserman Carroll, dan Jamie Christopher menjadi penerbit eksekutif disamping penerbit Kevin Feige, manakala Michael Waldron menulis lakon layar untuk filem ini.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee