Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Method Acting” Jared Leto Susahkan Krew Penggambaran, Mads Mikkelsen Gelar Kaedah Sebegitu Sebagai “Bull—t”


Covid-19 bukanlah satu-satunya punca yang menyebabkan Morbius tertunda beberapa kali, tetapi juga kerana ‘lakonan berkaedah’ bintang utamanya, Jared Leto. 

Sebelum ini, pengarah Morbius, Daniel Espinosa mengesahkan khabar angin mengenai ‘method acting’ Leto di set penggambaran. Leto sangat komited terhada had fizikal wataknya, iaitu Dr. Michael Morbius, sehinggakan dia menggunakan tongkat watak itu untuk bergerak kemana-mana walaupun ketika diluar rakaman.

Sampai satu tahap, Leto mengambil masa yang cukup lama untuk berjalan ke bilik air, dan ini melambatkan proses penggambaran. Dan hasilnya, mereka bersetuju untuk membenarkan Leto menggunakan kerusi roda untuk membawanya ke bilik air, bagi mempercepatkan masa penggambaran. 

Ini bukan kali pertama Leto benar-benar komited pada wataknya. Semasa membintangi watak Joker untuk filem Sucide Squad, telah melakukan beberapa pekara pelik kepada rakan pelakonnya seperti menghantar surat cinta dan tikus hidup kepada Margot Robbie dan beberapa butir peluru kepada Will Smith. 

Walaupun lakonan berkaedah Leto dalam Morbius hanya terhad pada pergerakkan fizikal, ia tetap membuat rakan pelakonnya bimbang, seperti Adria Arjona yang menyuarakan kebimbangan terhadap fizikal Leto. 


“Saya masih ingat yang saya takut melihat tulang belakang Leto. Seharusnya ada ahli terapi fizikal yang bertugas.” ujar Arjona kepada Variety

Sementara itu, beberapa bintang Hollywood telah menyuarakan pendapat mereka terhadap ‘method acting’. Bagi mereka, kaedah sebegitu bukan alasan untuk tingkah laku yang tidak sepatutnya di set penggambaran. 

Bintang Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore Mads Mikkelsen antara yang terawal menyatakan pendapat tentang ‘method acting’. Mikkelsen, yang menggantikan peranan Johnny Depp dalam filem ketiga Fantastic Beasts, mengakui bahawa dia tidak pernah berada dalam karakter sepanjang masa. 

“Ianya bodoh,” kata Mikkelsen mengenai ‘method acting.’ (GQ) “Sebagai persediaan, anda boleh menghadapi kegilaan,” jelasnya lagi. 

“Bagaimana jika ia adalah filem yang hambar – apa yang anda akan capai? Adakah saya akan kagum melihat anda masih dalam karakter? Anda harus melepaskannya dari awal! Bagaimana anda bersedia untuk menjadi pembunuh bersiri? adakah anda perlu menghabiskan masa selama dua tahun untuk mengkajinya?

Dalam temubual dengan The Indepedent, Will Poulter telah ditanya mengenai ‘method acting’ dan dia berkata bahawa dia tidak begitu menekannya. 

“Bagi saya, itu tidak perlu. Dalam filem ‘Detroit’, rakan pelakon saya adalah berbangsa Afrika-Amerika – yang mana watak saya bertanggungjawab untuk menghina mereka – dan kami semua sangat bersatu dalam cabaran itu, dan kami mengenali antara satu sama lain dan melepak bersama.”

Bagi Poulter, selagi penghayatan watak tidak memberi kesan kepada orang lain dan sentiasa bertimbang rasa, ia tidak mengapa. Tetapi, jika proses itu mewujudkan persekitaran yang tidak mesra, maka mereka telah melupakan pekara yang sangat penting – ‘method acting’ sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk tingkah laku yang tidak sesuai. 


Related posts

Morbius ‘Flops’ Pada Minggu Kedua, Sonic the Hedgehog 2 Cipta Kejutan Box Office

Kakimuvee

“Morbius” Rekod Kutipan Paling Rendah Dalam Dunia Sinematik ‘Spider-Man Universe’

Kakimuvee

TV Spot “Morbius” Fokus Pada Ikatan Zaman Kanak-Kanak Antara ‘The Living Vampire’ & Milo

Kakimuvee

Video Featurette “Morbius” Teroka Kisah Vampire Marvel

Kakimuvee

Poster Bergerak “Morbius” Goda Transformasi Jared Leto Menjadi ‘The Living Vampire’

Kakimuvee

Varian Omicron Menjadi Sebab “Morbius” Ditunda Ke April

Kakimuvee