Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Produksi Filem “Satria Dewa: Gatotkaca” Sudah Bermula


Selepas Gundala, Indonesia bakal memiliki satu lagi filem aksi bertemakan adiwira iaitu Satria Dewa: Gatotkaca. Perancangan filem telah diumumkan tahun lalu, dan kini produksinya sudahpun bermula. 

Bagi membangkitkan keterujaan peminat, pihak penerbit telah mengeluarkan video teaser yang memaparkan animasi serta barisan pelakon yang membintangi filem tersebut. Anda boleh video tersebut dibawah. 

Satria Dewa: Gatotkaca sepatutnya memulakan produksi lebih awal iaitu pada April yang lalu, tetapi terpaksa ditunda akibat pandemilk COVID-19.

“Sepatutnya memang produksi bermula lebih awal. Namun, kerana pandemik, kami mendapati sekarang adalah waktu yang terbaik untuk memulakan penggambaran. Ia sekaligus menunjukkan industri filem Indonesia dapat bergiat semula dengan segera walaupun berdepan pandemik, serta memberi semangat kepada para penggiat seni dan penonton,” ujar Celerina yang dipetik dari laporan CNN Indonesia.

Sementara itu, pengarah Hanung Bramantyo berkata, penggambaran akan dijalankan dengan mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Seluruh kumpulan produksi termasuk para pelakon telah pun diminta mengambil ujian saringan COVID-19 dan dikuarantinkan di satu tempat bersama sebelum memulakan penggambaran di Yogyakarta.


Satria Dewa: Gatotkaca diterajui oleh pelakon Danur 3: Sunyaruri,  Rizky Nazar, sebagai watak utama Gatotkaca, di samping barisan pelakon lain seperti Yasmin Napper, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman, Omar Daniel, Jerome Kurnia dan ramai lagi.

Terdahulu, filem itu diumumkan untuk tayang pada hujung tahun ini, namun setelah tertangguh akibat pandemik, kini pihak penerbit mengubah tayangannya pada hujung tahun 2021 tanpa mendedahkan tarikh yang ditetapkan.

Sumber: Cinema Online

 


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee