Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Umbrella Academy Aidan Gallagher Sangat Sesuai Menjadi Robin Dalam ‘Fan Art’ Batman


Sejak diperkenalkannya dalam Komik DC pada tahun 1940, Robin aka Boy Wonder telah menjadi sinonim dengan Batman. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Robin dilihat semakin terpinggir dari muncul dilayar perak.

Selain Chris O’Donnel (Batman Forever, Batman & Robin) dan Joseph Gordon-Levitt, yang muncul sebagai John “Robin” Blake dalam filem The Dark Knight Rises , tidak ada pelakon ‘live action’ yang dipilih untuk memainkan peranan Boy Wonder di layar perak dalam beberapa waktu ini.

Walaupun watak itu masih belum muncul dalam DC Extended Universe, Batman v Superman: Dawn of Justice telah memberi gambaran kepada peminat tentang perisai Robin / Dick Grayson. Gambaran awal ini memberi petunjuk kepada peminat bahawa kematian Robin mungkin akan dipaparkan dalam filem Zack Snyder seterusnya. 

Malangnya, prestasi Justice League yang kurang memuaskan (antara salah satu faktor) menyebabkan pengalihan idea kreatif oleh Warner Bros. DCEU kini melakukan reboot filem superhero mereka dan hanya memberi fokus kepada projek solo seperti The Batman. 

Filem terbaru Matt Reeves itu mungkin menceritakan kisah Bruce Wayne aka Batman, namun ia memberi sedikit harapan kepada peminat yang mahu melihat Robin dilayar perak.


Buat masa ini watak Robin masih lagi terbuka untuk para pelakon, tetapi peminat nampaknya sudah memilih pelakon yang sesuai untuk watak tersebut, dan dia adalah bintang Umbrella Academy, Aidan Gallagher.

Artis digital Apexform telah kongsikan gambar yang membayangkan Gallagher sebagai Robin. Karya seni peminat ini memaparkan Gallagher berdiri di Batcave dan memakai sut yang serupa dengan sut dari siri DC Universe, Titan. Anda boleh karya seni peminat ini dibawah. 

Gallagher kini memainkan peranan superhero dalam siri Netflix The Umbrella Academy sebagai Number Five, lelaki dewasa yang terperangkap dalam badan remaja. Kejayaan musim kedua The Umbrella Academy dan persamaan karakteristik Five dan Robin telah menjadikan “Gallagher as Robin” sebagai topik yang popular.

Selain mempunyai penampilan klasik watak, pelakon berusia 16 tahun ini adalah usia yang tepat untuk memainkan peranan Boy Wonder trilogi Batman arahan Reeves.

Kepada peminat Robin, adakah anda rasa Gallagher sesuai untuk membawa watak Boy Wonder? kongsikan pendapat anda.

 

 

 

 


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee