Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Pertama The LEGO Movie 2: The Second Part Telah Dilancarkan, Trailer Akan Dikeluarkan Esok

Warner Bros. Picture telah melancarkan poster rasmi pertama filem The LEGO Movie 2: The Second Part serta mengumumkan akan turut melancarkan trailer pertama filem animasi kedua tersebut pada hari esok.

Tiffany Haddish akan membawakan suara untuk watak utama yang baru dalam filem ini. Selain itu juga, sekuel kali ini akan menyaksikan beberapa pelakon dalam filem pertama kembali membawakan watak masing-masing. Antaranya ialah Chris Pratt sebagai Master Builder Emmet Brickowoski, Elizabeth Banks sebagai Wyldsyde, Will Arnett sebagai Batman, Channing Tatum sebagai Superman dan Jonah Hill sebagai Green Lantern.

Sekuel kali ini diarahkan oleh Mike Mitchell manakala skrip ditulis oleh Raphael Bob-Waksberg. Phil Lord dan Christopher Miller, yang mengarahkan serta menulis filem pertama bertindak selaku penerbit eksekutif.

The LEGO Movie 2: The Second Part akan ditayangkan di pawagam pada 8 Februari 2018

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating