Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster John Wick: Chapter 4 Soroti Kepulangan Keanu Reeves Sebagai Pembunuh Upahan Berbahaya


Lionsgate telah melancarkan poster terbaru John Wick: Chapter 4 untuk filem aksi terbaru lakonan Keanu Reeves. Ansuran keempat dalam francais John Wick itu dijadualkan tayangan pada 24 Mac 2023.

Anda boleh lihat poster John Wick: Chapter 4 dibawah:

“John Wick (Keanu Reeves) menemui jalan untuk menjatuhkan The High Table,” menurut sinopsis.

“Tetapi sebelum dia boleh mendapatkan kebebasannya, Wick mesti berhadapan dengan musuh baharu dengan pakatan kuat di seluruh dunia dan kuasa yang menjadikan kawan lama menjadi musuh.”

John Wick: Chapter 4 diumumkan buat pertama kali selepas hujung minggu pembukaan John Wick: Chapter 3 – Parabellum yang memecahkan rekod dengan mencatatkan kutipan lebih AS$300 juta di seluruh dunia. Ansuran keempat akan menampilkan kepulangan Keanu Reeves sebagai pembunuh upahan, yang kali terakhir dilihat mengalami pelbagai kecederaan selepas terjatuh dari puncak Hotel Continental.


Menyertai Reeves adalah veteran francais Lance Reddick, dan Ian McShane serta pendatang baru, bintang popstar Jepun-British Rina Sawayama untuk debut lakonannya, Shamier Anderson, Bill Skarsgard, Clancy Brown, Hiroyuki Sanada dan Donnie Yen, yang dilaporkan akan membawa watak rakan lama John Wick. 

John Wick: Chapter 4 diarahkan oleh Chad Stahelski dari lakon layar yang ditulis bersama oleh Shay Hatten dan Michael Finch, yang mengambil alih daripada pencipta francais Derek Kolstad. Ia diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee, dan Stahelski dengan Reeves dan Louise Rosner sebagai penerbit eksekutif.

 


Related posts

BALLERINA: Pengarah Kongsikan Kemaskini Spin-Off John Wick Lakonan Ana de Armas

Kakimuvee

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru & Lama

Kakimuvee

Ice Cube Sertai Dave Bautista Dalam Filem Aksi Komedi ‘The Killer’s Game’

Kakimuvee

Pengarah ‘Platoon’ Oliver Stone Menganggap ‘John Wick 4’ Sebagai Menjijikkan.

Kakimuvee

[TRAILER] Lizzy Caplan & Antony Starr Bintangi Filem Seram ‘Cobweb’

Kakimuvee