Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

[TRAILER] Lizzy Caplan & Antony Starr Bintangi Filem Seram ‘Cobweb’


Lionsgate telah mengeluarkan trailer rasmi Cobweb, filem seram thriller terbaru yang menampilkan bintang Cloverfied Lizzy Caplan dan bintang The Boys, Anthony Starr, yang memainkan watak sebagai ibubapa kepada seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan misteri dirumahnya. 

Trailer tersebut mengusik sesuatu yang menakutkan tentang watak Caplan dan Starr, yang nampaknya seperti menyimpan rahsia gelap. 

Filem tersebut akan dijadualkan tayangan pada 21 Julai 2023. Anda boleh tonton trailer dibawah:

“Peter yang berusia lapan tahun dibelenggu oleh sumpahan misteri, berterusan, bunyi ketukan dari dalam dinding bilik tidurnya – dimana ibubapanya beranggap ia sebagai imaginasinya,” menurut sinopsis itu.

“Apabila ketakutan Peter semakin meningkat, dia percaya bahawa ibu bapanya boleh menyembunyikan rahsia yang mengerikan dan berbahaya dan mempersoalkan kepercayaan mereka. Dan untuk kanak-kanak, apa yang lebih menakutkan daripada itu?”


Ditulis oleh Chris Thomas Devlin, Cobweb merupakan debut pengarahan Samuel Bodin. Filem ini dibintangi oleh calon BAFTA Woody Norman sebagai Peter, Lizzy Caplan sebagai Carol, Antony Starr sebagai Mark, dan Cleopatra Coleman sebagai Miss Devine.


Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video Teaser Saw X Usik Kengerian Filem Terbaru Melalui Permainan Papan

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee