Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Plot Filem Thor: Ragnarok Didedahkan


Ramai peminat filem Marvel pasti ternanti-nanti filem terbaru Thor: Ragnarok yang akan ditayangkan pada tahun ini. Tidak seperti filem-filem sebelumnya, Thor: Ragnarok kali ini bakal menampilkan beberapa karakter superhero lain seperti Hulk dan Doctor Strange.

Kami disini ingin kongsikan plot filem berkenaan yang baru sahaja didedahkan kepada umum. Plot filem ini diambil selepas event dalam filem Avengers: Age of Ultron.

PLOT:

Sekembalinya Thor dari bumi, beliau dapati Asgard telah berubah dan berlaku masalah semasa ketiadaannya disana. Thor mensyaki pemerintahan Odin kelihatan mirip seperti pemerintahan Loki (Loki telah menyamar menjadi Odin) dan juga mendapati Hela, musuh ketatnya telah dibebaskan dari penjara.

Thor dan Hela telah bersemuka dan bertarung, namun Thor telah dicampakkan kesebuah planet yang dikenali sebagai Sakaar, sebuah planet barbaric yang diperintah oleh Grandmaster (Jeff Goldblum). Disana Thor telah bertemu Valkyrie, yang bersembunyi di planet tersebut dan Valkyrie telah membawanya berjumpa Grandmaster yang menjadikan Thor sebagai Gladiator. Malangnya, Thor telah bertemu pesaingnya yang cukup popular di arena gladiator iaitu Hulk. Disana juga, Thor kehilangan trademark iaitu rambut dan juga hammernya, Mjölnir

Stephen Strange akan membuat kemunculan dalam filem ini dan kemungkinan semasa Hulk dan Thor sedang menuju ke Asgard. Kemunculan Strange dikatakan berkaitan continuity filem Avengers: Infinity War

Menurut Mark Ruffalo, karakter The Hulk kali ini akan lebuh menonjol berbanding penampilannya dalam filem-filem Avengers yang lain.


“He’s much more of a character than the green rage machine you’ve seen in the Avengers movies,”

 “He’s got a swagger. He’s like a god. – Mark Ruffalo

Thor: Ragnarok dibintangi oleh pelakon-pelakon regular Thor seperti Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Hopkins dan Idris Elba, disamping menampilkan Mark Ruffalo sebagai Hulk, Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange, Cate Blanchett sebagai Hela, Jeff Goldblum sebagai Grandmaster, Tessa Thompson sebagai Valkyrie dan Karl Urban sebagai Skurge

 

Thor: Ragnarok akan menemui penonton pada 3 November 2017.

 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee