
Dalam teaser trailer filem Deadpool 2, terdapat satu lagi easter egg yang bagi kami sangat menarik untuk dibincangkan. Easter egg yang dimaksudkan ialah perkataan “Hope”. Banyak laman web luar negara dilihat berminat dengan penemuan mereka dalam teaser trailer Deadpool 2. Perkataan “Hope” tersebut mungkin merujuk kepada karater Hope Summers, anak kepada Cable.
Seperti yang ramai tahu, Cable disahkan akan muncul dalam filem Deadpool 2 dan filem yang baru diumumkan, X-Force tetapi ramai tidak tahu samada anak Cable, Hope Summers akan muncul atau tidak dalam kedua-dua filem terbaru tersebut. Perkataan “Hope” yang ditunjukan dalam teaser trailer tersebut telah memberikan satu spekulasi menarik mengenai Hope Summers iaitu samada karakter tersebut akan muncul dalam filem Deadpool 2 ataupun sekadar contengan nakal Ryan Raynolds dan pengarah David Leitch.
Siapakah Hope Summers?
Sejarah kewujudan Hope Summers boleh dikatakan agak dramatik dan penuh konflik. Hope merupakan mutant pertama yang lahir selepas event House of M dimana Scarlett Witch telah “menyumpah” setiap mutant kehilangan kuasa mereka. Selepas kelahiran Hope, Cable telah datang dari masa hadapan semata-mata mahu menyelamatkan Hope yang masa itu masih bayi lagi. Cable melihat bayi tersebut akan menyatupadukan umat manusia dan mutant dan dia dianggap Messiah pada zaman Cable.
Bagaimanapun Bishop, salah seorang anggota X-Men yang juga datang dari masa hadapan melihat kelahiran Hope Summers sebagai malapetaka. Ini kerana pada zamannya nanti, Hope akan menyebabkan manusia kembali bermusuhan dengan mutant gara-gara Hope Summers telah melepaskan satu kuasa yang cukup kuat sehingga menyebabkan berjuta-juta manusia mati.
Selain daripada Bishop, Hope juga diburu oleh beberapa kumpulan seperti Purifiers yang diberi amaran oleh Nimrod, (robot-sentinel yang mampu merentasi masa) yang melihat kelahiran Hope akan memberi ancaman kepada mereka dan memperkuatkan golongan Mutant. Manakala Marauders yang dipimpin Gambit memburu Hope atas permintaan Mr. Sinister yang mahu menjadikan mempergunakan kuasa yang ada pada Hope dan menguasai dunia.
Sebenarnya, Hope Summers bukanlah anak sebenar Cable, dia cuma anak angkat kepada Cable yang datang dari masa hadapan untuk menyelamatkanya dan melindunginya dari diburu penjahat dan menjaganya sehingga besar. Cable juga telah melarikan diri dari Bishop beberapa kali dengan melompat ke masa hadapan berkali – kali sehinggalah Cable bertemu isterinya iaitu Hope. Namun isterinya mati dibunuh oleh penjahat dan Cable kemudiannya menggunakan nama isterinya, Hope terhadap kanak-kanak yang dijaganya sejak kecil sebagai tanda memperingati isterinya itu.

Hope Summers merupakan Omega Level mutant iaitu mutant yang mempunyai tahap kuasa yang sangat tinggi. Dia mempunyai abiliti untuk memanipulasi dan meniru kuasa-kuasa yang terdapat pada mutant lain terutamanya apabila dia berada berdekatan dengan mutant lain. Kuasa dan abitiliti yang sangat merbahaya terhadap manusia dan persekitarannya sekiranya dia terlebih menggunakan kuasa yang dimiliki olehnya.
Hope Summers juga merupakan anggota X-Men dan X-Force tetapi dia kerap berjuang disisi Cable, ayah angkatnya.
Antara komik-komik penting mengenai Hope Summers ialah X-Men: Messiah Complex, Into the Future, Messiah War dan Avengers vs X-Men
Bagaimana Hope diadapatasikan dalam Filem Deadpool atau X-Force
Sebenarnya kami pun tidak tahu bagaimana Hope Summers akan diperkenalkan dalam kedua-dua filem terbaru Fox itu, banyak spekulasi mengenai kebarangkalian karakter Hope muncul dalam filem, tetapi banyak laman hiburan menyatakan bahawa hint ini sebenarnya sangat menarik memandangkan Hope Summers adalah anggota penting dalam kumpulan X-Force.

Terdapat spekulasi yang mengatakan Hope akan muncul sebagai bayi dalam filem Deadpool dan Cable akan datang dari masa hadapan untuk menyelamatkan bayi tersebut dengan bantuan Deadpool. Ada juga spekulasi yang Hope akan datang bersama-sama Cable dan menyertai Deadpool untuk mengalahkan penjahat. Apapun kita tunggu update mengenai filem ini dari laman-laman hiburan antarabangsa dan lihat samada Hope akan muncul atau tidak.
So, kepada pembaca Kakimuvee, adakah tulisan Hope yang tertera dalam teaser Deadpool 2 memberi gambaran Hope Summers akan muncul atau ia tidak memberi maksud apa-apa?