Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Deadpool 2: Domino Mungkin Akan Ada Dan Pelakonnya Adalah..

Ryan Reynolds dan studio Fox sudah memulakan kerja keras mereka untuk menghasilkan filem kedua Deadpool 2 dan memperkembangkan lagi universe X-Men dalam dunia cinematic. Kemudia baru-baru ini, pihak studio mengesahkan, X-Force akan difilemkan, dengan watak karakter masa hadapan mutant Cable akan menjadi salah satu watak utama dalam filem tersebut.

Berita terbaru yang kami baca dilaman Movie Pilot, satu lagi karakter mutant yang akan muncul dalam filem Deadpool 2 adalah Domino, mutant yang boleh memanipulasi kebarangkalian mengikut kehendak sendiri dan merupakan anggota penting dalam kumpulan black-ops X-Force.

Banyak rumors mengenai pelakon yang bakal membintangi watak mutant domino itu, antara yang paling kerap disebut dilaman-laman hiburan Hollywood ialah Kerry Washington dan Janelle Monae, tetapi Ryan Reynold memberikan hint dan easter egg pada sebuah gambar yang dimuatnaik dilaman Twitternya.

https://twitter.com/VancityReynolds/status/839947701487796224?ref_src=twsrc%5Etfw

Gambar yang cukup simple dengan caption berbunyi “Domino Effect”. Jika anda perasan, gambar tersebut menunjukan nama Zazie Beetz dan maksud “Domino Effect” merujuk kepada karakter Domino yang akan membuat kemunculan dalam filem Deadpool 2.

Zazie Beetz

Siapa Zazie Beetz?

Zazie Beetz bukanlah aktress terkenal, dia merupakan pelakon teater dan muncul dalam siri televisyen Atlanta dengan membawa watak Vanessa, selain itu juga dia muncul dalam dua siri Netflix Easy sebagai Noelle. Bagaimana Zazie Beetz dapat memberi impak sebagai Domino dalam filem Deadpool 2? kita tunggu apabila ditayangkan kelak,

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment