Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula


Pengarah dan koordinator stunt Sam Hargrave telah mengesahkan bahawa penggambaran filem sekuel Extraction telahpun bermula di Prague, Republik Czech. Dalam perkongsiannya di Instagram, Hargrave menggoda latarbelakang sekuel akan datang dimana Rake Chris (lakonan Chris Hemsworth) akan berada di persekitaran yang baharu dan sejuk, jauh dari jalan-jalan yang hangat di Bangladesh.

 

Extraction 2 sekali lagi diarahkan oleh Sam Hargrave berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Joe Russo. Sama seperti filem pertama, ia juga diterbitkan oleh pengarah Avengers: Endgame, Anthony dan Joe Russo melalui sepanduk AGBO mereka bersama-sama dengan Hemsworth.

Sekuel akan datang menampilkan kepulangan Chris Hemsworth sebagai tentera upahan black-ops yang mahir, Tyler Rake, yang kali terakhir dilihat oleh penonton dengan kesan tembakan di lehernya. Kita menantikan bagaimana sekuel itu akan menangani kelangsungan hidupnya daripada kecederaan yang hampir membawa maut.

Filem asal, Extraction, bertempat di dunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludupan. Ia menceritakan seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan di antara kumpulan pengedar dadah. Selepas diculik dan dikurung di sebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee