Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Nikmati K-idola Terhebat Dalam Festival Muzik & Anugerah Di Astro

Pada hujung tahun ini, peminat K-pop boleh menikmati K-idola kegemaran mereka di Astro menerusi tvN (Saluran 395 HD), ONE (Saluran 393 HD), KBS World (Saluran 392 HD) dan juga boleh distrim pada bila-bila masa di On Demand dan di Astro GO.

Peminat boleh menantikan program secara langsung seperti:

  • 2021 Mnet Asian Music Awards’, sebuah rancangan anugerah yang dihoskan oleh K-idol Lee Hyori, menampilkan muzik K-pop terbaik. Peminat juga boleh menikmati penampilan istimewa daripada Ed Sheeran, penyanyi dan penulis lagu popular, persembahan oleh Wanna One, dan banyak lagi, pada 11 Disember, jam 5 petang di tvN (saluran 395 HD).
  • ‘2021 KBS Song Festival’, menampilkan persembahan kumpulan muzik popular Korea termasuk NCT 2021, Seventeen, Stray Kids, TOMORROW X TOGETHER, ENHYPEN, Red Velvet, Aespa, ITZY dan banyak lagi, pada 17 Disember, jam 7.35 malam di KBS World (Saluran 392 HD).
  • ‘2021 KBS Drama Awards’, dihoskan oleh Kim Sohyun, Lee Dohyun dan Sung Sikyung, memberi pengiktirafan kepada pelakon dan siri drama TV terhebat pada 31 Disember, jam 7.35 malam di KBS World (Saluran 392 HD).
  • Peminat K-pop juga boleh berhibur dengan K-idola kegemaran dalam anugerah-anugerah yang ditayangkan pada hari sama dengan Korea
  • ‘2021 SBS Entertainment Awards’, menampilkan K-idola popular dalam industri hiburan, pada 25 Disember, jam 4.35 petang di ONE (Saluran 393 HD).
  • ‘2021 KBS Entertainment Awards’, menampilkan bintang-bintang popular KBS daripada siri ‘Two Days and One Night’, ‘Stars’ Top Recipe at Fun-Staurant’ dan banyak lagi, dalam festival anugerah hiburan akhir tahun pada 30 Disember, jam 7.35 malam di KBS World (Saluran 392 HD).

Peminat juga boleh menyaksikan tayangan perdana K-drama terhebat pada Disember ini:

  • ‘Iris’, siri aksi-pengembaraan Korea, menampilkan bintang popular Korea termasuk Lee Byung-Hun, Jeong Jun-Ho, Kim Tae-Hee dan ramai lagi pada 7 Disember, jam 9.05 malam di KBS World (Saluran 392 HD).
  • ‘Now, We are Breaking Up’, siri drama romantik Korea, dibintangi Song Hye Kyo, Jang Ki Yong dan ramai lagi pada 7 Disember, jam 8.10 malam di ONE (Saluran 393 HD).
  • ‘Penthouse: The Story of 540 Days’, episod khas mendedahkan kenangan peribadi para pelakon sepanjang 540 hari penggambaran dalam siri K-drama popular, The Penthouse, bersama bintang popular seperti Eugene, Kim So Yeon , Lee Ji Ah, Uhm Ki Joon dan ramai lagi pada 30 Disember, jam 6.55 petang di ONE (Saluran 393 HD).

Sebagai tambahan, peminat juga boleh menantikan ‘2021 SBS Gayo Daejun’, pada 1 Januari 2022 dan ‘2021 SBS Drama Awards’, pada 6 Januari 2022, ditayangkan di ONE (Saluran 393 HD). 

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment