Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaStreaming

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM


Netflix secara rasmi mengumumkan musim 2 3 Body Problem.

Pengumuman itu dibuat dua bulan selepas siri 8-episod itu membuat debut di Netflix. Drama epik sci-fi itu segera mendapat tempat dihati penonton dan berjaya menduduki senarai 10 teratas rancangan TV di Netflix selama 7 minggu berturut-turut.

“Kami teruja kerana dapat menceritakan kisah ini hingga ke kesimpulan epiknya,” kata Benioff, Weiss dan pencipta bersama, Alexander Woo dalam satu kenyataan bersama (melalui Tudum).

“Sejak kami membaca halaman terakhir trilogi Cixin Liu yang mengagumkan, kami berharap kami dapat membawa penonton ke penghujung alam semesta bersama kami.”

Berdasarkan novel Liu Cixin 2008, 3 Body Problem dicipta dan diterbitkan oleh oleh David Benioff, D.B. Weiss, dan Alexander Woo, yang juga berkhidmat sebagai showrunner.


Pelakon ensemble terdiri daripada Jovan Adepo, John Bradley, Liam Cunningham, Eiza González, Jess Hong, Marlo Kelly, Alex Sharp, Sea Shimooka, Zine Tseng, Saamer Usmani, Benedict Wong, Jonathan Pryce, Rosalind Chao, Ben Schnetzer, dan Eve Ridley.

“Keputusan penting seorang wanita muda pada era 1960-an di China membawanya merentasi ruang dan masa ke hari ini,” menurut sinopsis rasmi siri itu.

“Apabila undang-undang alam semula jadi terbongkar di hadapan mata mereka, sekumpulan saintis cemerlang bergabung tenaga dengan detektif yang tidak ortodoks untuk menghadapi ancaman terbesar dalam sejarah manusia.”


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Raikan Musim Raya Dengan Rancangan Menarik Di Prime Video April Ini!

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee