
Menjelang pelancaran The Matrix Resurrections di pawagam dan HBO Max pada 22 Disember ini, satu video promo antarbangsa telah didedahkan kepada umum, memberikan beberapa rakaman terbaru dari filem terbaru francais The Matrix.
Sementara itu, dua bintang utamanya, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss telah menghiasi muka hadapan keluaran terkini majalah Entertainment Weekly. Beberapa gambar terbaru turut dedahkan secara eksklusif oleh EW. Anda boleh lihat gambar berserta tv spot terbaru The Matrix Resurrections dibawah:
Return of #TheMatrix! The franchise’s first film changed movies forever. Now, Keanu Reeves and Carrie-Anne Moss resurrect a 20-year love story in @TheMatrixMovie 4.0. https://t.co/zJMZ1HYvPq
— Entertainment Weekly (@EW) November 30, 2021
Story by @NickARomano pic.twitter.com/CFmDKPpw5J
Bintang francais, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss kembali menerajui dalam sekuel kali ini, meneruskan peranan ikonik mereka sebagai Neo dan Trinity. Menyertai mereka adalah Yahya Abdul-Mateen II, Priyanka Chopra Jonas, Jonathan Groff, Neil Patrick Harris, Jessica Henwick, Christina Ricci, Telma Hopkins, Eréndira Ibarra, Toby Onwumere, Max Riemelt, Brian J. Smith, Daniel Bernhardt sebagai Ejen Johnson, Lambert Wilson sebagai The Merovingian, dan Jada Pinkett Smith sebagai Niobe.
Lana Wachowski mengarahkan filem ini, dengan lakon layar yang ditulis olehnya bersama David Mitchell & Aleksander Hemon. Wachowski turut menjadi penerbit bersama Grant Hill dan James McTeigue.
The Matrix: Resurrections akan ditayangkan secara serentak di pawagam dan HBO Max pada 22 Disember 2021.