Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Penampilan Pertama Jung Woo Sung Berjaya Naikkan Rating “Delayed Justice”


Aktor Jung Woo Sung telah membuat penampilan pertama dalam drama SBS Delayed Justice malam semalam. 

Pada bulan lalu, aktor Bae Sung Woo telah berundur dari barisan pelakon Delayed Justice selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk. Sejurus insiden itu, drama terpaksa dihentikan selama tiga minggu, dan Jung Woo Sung menyertai barisan pelakon dengan menggantikan tempat Bae Sung Woo sebagai wartawan Park Sam Soo untuk baki episod rancangan itu. 

Penampilan pertama Jung Woo Sung telah membantu Delayed Justice meningkatan rating tontonan mereka. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru drama itu telah mencatatkan purata skor sebanyak 4.7 peratus dan 5.6 peratus untuk dua bahagiannya. 

Delayed Justice mengisahkan dua lelaki yang mewakili mangsa yang dituduh secara salah. Kwon Sang Woo berperanan sebagai Park Tae Yong, peguambela awam dengan hanya diploma sekolah menengah. Jung Woo Sung memainkan peranan sebagai wartawan Park Sam Soo yang kurang pengalaman tetapi berbakat, dan mempunyai kemahiran menulis.

Sementara itu di JTBC, Hush turut menikmati peningkatan penonton apabila episod terbarunya mencatatkan skor sebanyak 2.6 peratus.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee