Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon Terkenal Korea Lee Jung-jae Siri Terbaru Star Wars “The Acolyte”


Pelakon terkenal Korea, Lee Jung-jae disahkah menyertai barisan pelakon siri terbaru Star Wars, The Acolyte. 

Bintang Squid Game itu akan memainkan peranan lelaki utam disamping Amandla Stenberg dan Jodie Turner-Smith. Penggambaran The Acolyte akan bermula pada musim luruh ini di London, dan akan ditayangkan di Disney+ Hotstar tidak lama lagi. 

Tahun lepas, Lee mendapat pengiktirafan di seluruh dunia untuk persembahannya dalam siri popular Netflix Squid Game. Dia kini dicalonkan untuk Anugerah Emmy. Siri Disney+ yang akan datang akan menandakan projek besar pertamanya di luar Korea Selatan.

The Acolyte digambarkan sebagai thriller misteri yang akan membawa penonton melihat rahsia gelap galaksi dan kuasa gelap yang muncul ketika hari-hari terakhir era High Republic. Butiran lanjut tentang wataknya masih belum didedahkan, tetapi tajuk projek merujuk kepada Sith pada peringkat permulaan latihan mereka di bawah Sith Lord yang berpengalaman.

Siri Disney+ ini akan ditulis dan diterbitkan oleh Leslye Headland (Russian Doll), yang juga akan berkhidmat sebagai showrunner. Penggambaran dijangka bermula pada musim luruh ini.


Selain The Acolyte, Lucasfilm juga sedang membangunkan beberapa projek Star Wars, termasuk musim ketiga The Mandalorian, Andor, dan banyak lagi.


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

Lee Jung-Jae Meminta Bayaran RM4.6 juta Bagi Setiap Episod ‘Squid Game’

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee