Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Umum Tajuk Filem Kedua “Knives Out”


Misteri telah bermula!

Hari ini, Netflix telah mengumumkan judul filem kedua Knives Out iaitu Glass Onion: A Knives Out Mystery. Benoit Blanc akan kembali menyiasat misteri apabila ia ditayangkan di perkhidmatan streaming Netflix pada Musim Cuti nanti. 

“Dalam sekuel Knives Out arahan Rian Johnson, detektif Benoit Blanc akan mengembara ke Greece untuk mengupas lapisan misteri yang melibatkan pelbagai suspek” – menurut sinopsis yang didedahkan Netflix.

Daniel Craig kembali meneruskan peranannya sebagai detektif peribadi Benoit Blanc, dan dia akan disertai Kathryn Hahn, Ethan Hawke, Edward Norton, Dave Bautista, Kate Hudson, Janelle Monáe, Leslie Odom Jr, Jessica Henwick, dan Madelyn Cline.

Knives Out pertama kali memasuki pawagam pada November 2019 dan telah mendapat pujian dari pengkritik serta tercalon dalam beberapa kategori utama di Golden Globe dan Oscar. Filem itu juga mencapai kejayaan di Box Office dengan mengutip AS$311 juta dolar seluruh dunia dari kos pembikinan sekitar $40 juta dolar.


Filem pertama dibarisi pelakon bintang seperti Daniel Craig (No Time to Die) sebagai Blanc dan Christopher Plummer (All the Money in the World) sebagai Harlan, bersama Ana de Armas (Blade Runner 2049), Chris Evans (Avengers: Endgame), Michael Shannon (The Shape of Water), Lakeith Stanfield (Judas and the Black Messiah), Don Johnson (Django Unchained), Katherine Langford (Love, Simon), Toni Collette (Hereditary), Riki Lindhome (Kidding), Edi Patterson (The Righteous Gemstones), Jamie Lee Curtis (Halloween), Jaeden Martell (Defending Jacob) dan Noah Segan (The Pale Door)


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee