
Hari ini, Disney+ Hotstar mengumumkan bahawa lima filem Spider-Man dan satu filem Venom akan dilancarkan di perkhidmatan streaming itu pada bulan Jun ini.
Venom (2018) bersama filem-filem Spider-Man: Spider-Man 2 (2004), Spider-Man 3 (2007),The Amazing Spider-Man (2012), Spider-Man: Homecoming (2017), dan Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018), akan tersedia kepada pelanggan mulai 17 Jun ini
Selain itu, lebih banyak kandungan filem dan televisyen Sony Pictures dijangka akan memasuki Disney+ Hotstar Malaysia menjelang hujung tahun ini.