Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Amber Heard Masih Kekal Sebagai Mera Dalam ‘Aquaman 2’

Sejak tewas dalam kes saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard, terdapat desas-desus yang mengaitkan aktres itu dengan filemnya yang akan datang, Aquaman and the Lost Kingdom.

Antara yang bermain di bibir peminat adalah keputusan studios Warner Bros. yang mahu memotong kesemua adegan yang melibatkan Heard dalam filem akan datang, dan khabar angin mengenai tempatnya yang akan diganti dengan pelakon lain. 


Namun, jurucakap Heard menafikan semua spekulasi itu, dan berkata “khabar angin berterusan seperti ini berlaku sejak hari pertama — tidak tepat, tidak sensitif dan sedikit gila”. Dalam erti kata lain, jurucakap Heard mengatakan bahawa aktres itu masih kekal sebagai Mera dalam filem akan datang. 

Walaupun wakil Heard menafikan segala khabar angin, peminat bagaimanapun dapat menilai situasi diantara pelakon itu dengan studio Warner Bros.

Semasa perbicaraan, Heard sendiri berkata, Warner Bros. tidak pasti untuk membawanya kembali sebagai Mera, dan bimbang dengan keserasiannya dengan Jason Momoa di skrin. Malah dia turut berkata, masa skrinnya juga dilaporkan telah dikurangkan sekitar 10 minit. 

Dalam perbicaraan kes saman fitnah, Heard jelas sekali dianggap sebagai “orang jahat” setelah keputusan didedahkan para juri, jadi tidak mustahil pihak studio akan mematikan watak Mera atau menggantikan tempatnya dengan pelakon lain, agar keputusan mahkamah itu tidak menjejaskan prestasi box office Aquaman 2. 

Selepas ditunda dari tarikh tayangan asal iaitu pada Disember 2022, Aquaman and the Lost Kingdom akan ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2023. 

Sumber: Comicbookmovie

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment