Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot AsiaStreaming

Netflix Umum Musim Ketiga Alice In Borderland


Netflix telah mengumumkan musim ketiga Siri Netflix Alice in Borderland, drama survival mega-hit global.

Pelakon bersama Kento Yamazaki dan Tao Tsuchiya akan mengulangi watak mereka, dan Shinsuke Sato akan terus mengarahkan siri ini.

Poster pengoda yang baru dikeluarkan menampilkan kad permainan Joker, sekaligus mengisytiharkan kepulangan Alice in Borderland.

Musim 1 Alice in Borderland, yang mula disiarkan pada Disember 2020, memasuki senarai 10 Teratas di sekurang-kurangnya 70 negara dan wilayah, dan memperoleh skor penonton sebanyak 96% di laman web ulasan Rotten Tomatoes.

Berikutan penampilan sulung ini, orang ramai di seluruh dunia menyuarakan jangkaan mereka untuk musim seterusnya. Musim 2 Alice in Borderland mula disiarkan pada Disember 2022 dan memasuki 10 Teratas di sekurang-kurangnya 90 negara dan wilayah, mengambil tempat nombor satu dalam 17 daripadanya.


Di Jepun, ia memegang tempat teratas selama 14 hari berturut-turut. Hanya empat minggu selepas tayangannya, siri ini telah ditonton selama 200 juta jam, karya dari Jepun yang mendapat jumlah tonton tertinggi.

Nantikan Musim 3 Siri Netflix Alice in Borderland, yang terus menyampaikan mesej yang kuat kepada seluruh dunia tentang makna untuk terus hidup!


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Raikan Musim Raya Dengan Rancangan Menarik Di Prime Video April Ini!

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee