Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaStreaming

Netflix Merancang Untuk Naikkan Harga Pakej


Netflix bercadang untuk menaikkan harga perkhidmatan tanpa iklannya beberapa bulan selepas mogok SAG-AFTRA berakhir di Hollywood, menurut laporan terbaru daripada The Wall Street Journal

Laporan terbaru WSJ menyatakan bahawa Netflix telah merancang untuk menaikkan harga perkhdimatannya di “beberapa pasaran di seluruh dunia,” tetapi perkara itu mungkin akan bermula di Amerika Syarikat dan Kanada.

Setakat ini, tiada angka konkrit untuk harga yang bakal dinaikkan, atau bila lonjakan harga akan berkuat kuasa, jadi tidak jelas bila Netflix mungkin ingin melaksanakan harga baharunya.

Langkah yang dilaporkan berlaku hanya beberapa bulan selepas syarikat itu mula bertindak keras terhadap perkongsian kata laluan. Awal tahun ini, platform itu mula meminta pengguna untuk menetapkan lokasi isi rumah pada peranti mereka dan bagi pengguna yang berkongsi akaun akan membayar harga langganan tambahan.

Selain Netflix, WSJ turut menyatakan bahawa beberapa syarikat penstriman yang lain mula mencari jalan untuk menyediakan harga baharu termasuk menambah rancangan yang lebih eksklusif seperti sukan ke dalam kandungan mereka.


Warner Bros. Discovery antara syarikat yang memasukkan rancangan eksklusif apabila mengumumkan bahawa Max akan menambah program sukan secara langsung di platform penstriman mereka, manakala Peacock dan Paramount+ telah menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee