Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Netflix Dedah Teaser Pertama “The Witcher” Musim Kedua


Acara maya pertama WitcherCon telahpun berlangsung pada hari ini, dan bagi meraikan acara sulung itu, Netflix telah melancarkan teaser pertama The Witcher musim kedua, memberikan pandangan pertama siri popular itu kepada peminat. Musim kedua akan dilancarkan di Netflix pada 17 Disember ini, anda boleh teaser tersebut dibawah. 

Pada Musim 2, selepas percaya Yennefer kehilangan nyawa semasa Pertempuran Sodden, Geralt of Rivia membawa Puteri Cirilla ke tempat paling selamat yang dia diketahuinya, iaitu tempat tinggalnya masa kecil yang terletak di Kaer Morhen. Walaupun raja Benua, elf, manusia, dan iblis berusaha untuk mendapatkan penguasaan di luar temboknya, dia mesti melindungi gadis itu dari sesuatu yang jauh lebih berbahaya: kekuatan misteri yang dimilikinya.

Berdasarkan siri fantasi terlaris, The Witcher adalah kisah epik dan kekeluargaan. Geralt of Rivia, seorang pemburu raksasa yang bersendirian, berjuang untuk mendapatkan tempatnya di dunia di mana orang sering terbukti lebih jahat daripada binatang. Tetapi apabila takdir membawanya ke arah ahli sihir yang kuat, dan seorang puteri muda dengan rahsia berbahaya, ketiga-tiga mereka harus bekerjasama merentasi Benua yang semakin tidak stabil dan berpecah-belah.

Siri ini dibintangi oleh Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Puteri Cirilla, Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg, MyAnna Buring sebagai Tissaia, dan Joey Batey sebagai Jaskier.

Musim kedua akan memperkenalkan beberapa watak baru yang dilakonkan oleh Kristofer Hivju (Game of Thrones), Kim Bodnia (Killing Eve), Paul Bullion (Peaky Blinders), Yasen Atour (Young Wallender), Agnes Bjorn, Basil Eidenbenz (Fast and Furious 9 ), Aisha Fabienne Ross (The Danish Girl), Mecia Simson (Britain and Ireland’s Next Top Model) dan banyak lagi.


Siri The Witcher berdasarkan kisah dan novel karya Andrzej Sapkowski. Pencipta Lauren Schmidt Hissrich berperanan sebagai penerbit eksekutif dan showrunner.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee