Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “The Penthouse 3” Meningkat, “Voice 4” Kekal Popular Dikalangan Penonton Muda

Rating drama SBS The Penthouse 3 kembali meningkat.

Pada 9 Julai, musim ketiga drama hit itu menikmati sedikit peningkatan penonton untuk episod keenamnya. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru The Penthouse 3 memperolehi penilaian purata sebanyak 16.7 peratus, menandakan kenaikan sederhana berbanding minggu sebelumnya.

Selain itu, The Penthouse 3 turut menjadi program paling banyak ditonton di mana-mana saluran pada hari Jumaat, dan juga minisiri yang paling banyak ditonton sepanjang minggu.

Sementara itu, drama tvN Voice kekal stabil dengan penilaian purata sebanyak 3.7 peratus untuk episod terbarunya. Drama ini juga terus mendapat tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel di antara demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan mendapat purata skor sebanyak 2.3 peratus dan kemuncaknya sebanyak 2.6 peratus.

Akhir sekali, drama KBS 2TV Imitation mengekalkan penilaian purata 1.0 peratus daripada episod sebelumnya.

Related posts

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Leave a Comment