Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Black Widow” Cipta Rekod, Kutip $200 Juta Dolar Seluruh Dunia Pada Minggu Pembukaan

 Beberapa pasaran antarabangsa telahpun memulakan tayangan filem Black Widow pada hujung minggu lalu.

Menurut Disney, Black Widow telah membuka tayangannya dengan mengutip lebih $215 juta dolar seluruh dunia dengan $80 juta dikutip di pasaran domestik Amerika Syarikat. Sebanyak $78 juta lagi datangnya dari pasaran antarabangsa, manakala $60 juta hasil dari kutipan Disney+ Premier Acess.

Dengan kutipan $80 juta dolar dipasaran domestik AS, Black Widow berjaya memecahkan rekod kutipan minggu pembukaan tertinggi sejak bermulanya COVID-19 yang dicipta oleh F9, yang telah mengutip $70 juta dolar pada minggu pertama tayangannya.

“Sekali lagi, Marvel telah menyampaikan filem yang luar biasa untuk menggembirakan peminat di seluruh dunia dengan Black Widow telah meraih banyak pencapaian di pasaran semasa,” kata Kareem Daniel, Pengerusi, Disney Media dan Entertainment Distribution.

“Persembahan Black Widow yang hebat pada hujung minggu ini mengesahkan strategi pengedaran fleksibel kami untuk menjadikan francais filem tersedia di pawagam untuk pengalaman sinematik yang sebenar dan, kerana keprihatinan COVID berterusan di seluruh dunia, memberikan pilihan kepada pengguna yang lebih suka menonton di rumah di Disney +.”

Dalam filem ini, Natasha Romanoff aka Black Widow berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya ketika timbul konspirasi berbahaya yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Dikejar oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha mesti menangani kisah lampaunya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum dia menjadi Avenger.

Scarlett Johansson meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, bersama pendatang baru MCU Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina. Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan Kevin Feige.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment