Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
AnimeOfficial Trailer

My Hero Academia Musim Ke-6 Telah Diumumkan, Saksikan Teaser Trailer Disini


Sejurus selepas episod terakhir musim kelima My Hero Academia ditayangkan di Jepun, musim keenam siri ini diumumkan secara rasmi.

Dalam sebuah video penggoda singkat untuk musim keenam, kita dapat melihat anime ini bersiap sedia untuk menyesuaikan arka manga “Paranormal Liberation War”. Ia memaparkan banyak pertempuran sengit antara wira dan penjahat My Hero Academia ketika jalan ceritanya terus meningkat.

Anda boleh lihat penggoda untuk Musim Ke-6 My Hero Academia dibawah:

Bahgaian pertama My Hero Academia Musim 5 telah membuat debut sulungnya di Jepun pada bulan Mac. Anime ini boleh di strim di Netflix dalam bahasa Jepun dan sari kata dalam bahasa Inggeris dan Melayu. 

My Hero Academia bermula sebagai manga yang ditulis dan dilukis oleh Kohei Horikoshi. Ia pertama kali disiarkan di Weekly Shonen Jump pada tahun 2014. Adaptasi televisyen anime, yang dihasilkan oleh Bones, membuat debutnya pada tahun 2016. Kedua-duanya, manga dan anime, masih lagi berterusan..


Filem ketiga My Hero Academia yang bertajuk World Heroes’ Mission telah membuat debut di Jepun pada 6 Ogos 2021, dan akan ditayangkan di beberapa negara bermula pada Oktober ini. 

Strim My Hero Academia (2016)

Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Akira Toriyama Umum Anime Baharu Dragon Ball Daima, Tonton Trailer Disini

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee