Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Selepas kembali ke MCU sebagai Jimmy Woo dalam siri Marvel Cinematic Universe WandaVision, pelakon Randall Park bersedia untuk membuat kemunculan dalam satu lagi dunia superhero. Kali ini, pelakon itu akan menyertai James Wan dalam filem Aquaman and the Lost Kingdom.

Menurut The Hollywood Reporter, Park akan memainkan peranan sebagai Dr. Stephen Shin. Watak itu pertama kali muncul dalam filem 2018, Aquaman, di mana peminat melihatnya menyelamatkan Black Manta semasa adegan pertengahan kredit. Selain itu juga, pihak studio menambah tiga lagi pelakon iaitu Indya Moore (PoseEscape Room: Tournament of Champions), Vincent Regan (300Ghost Rider: Spirit of Vengeance), dan pelakon berbangsa China-Portugis, Jani Zhao (Jogo DuploThe Sugar Captains).

Moore akan memainkan watak klasik DC, Karshon, yang pertama kali membuat kemunculan dalam komik pada tahun 1963 sebagai ‘villain’ Green Lantern. Dalam versi komik, watak itu pada awalnya adalah ikan yu biasa, tetapi setelah terkena radiasi, ia memperoleh kemampuan luarbiasa, termasuklah kecerdasan dan kuasa telepati. Zhao dijangka akan membawa watak Stingray, watak asli yang dibuat hanya untuk sekuel yang akan datang. 

Sementara itu, Regan akan memainkan peranan sebagai Atlan, penguasa kuno Atlantis yang pertama kali diperkenalkan dalam filem pertama semasa adegan flashback dan pertama kali digambarkan oleh Graham McTavish (Outlander).

Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wan akan kembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.

Warner Bros. Pictures telah ditetapkan tarikh tayangan pada 16 Disember 2022. 

Strim Aquaman (2018)

Related posts

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

Leave a Comment