Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

“Moon Knight Lebih ‘Brutal’ & Berisiko Berbanding Rancangan Marvel Yang Lain” Kata Kevin Feige


Sudah sekian lama peminat berharap Marvel Studios dapat menghasilkan sebuah rancangan yang lebih ‘gelap’ dan ganas dari apa yang pernah mereka lihat sebelum ini, dan Moon Knight mungkin memberikan apa yang diharapkan peminat. 

Dalam temubual dengan Empire baru-baru ini, presiden Marvel Studios Kevin Feige berkata, Moon Knight lebih ‘brutal’ dan melangkaui sempadan yang telah mereka tetapkan. 

“Dia kejam,” ujar Feige. “Seronok bekerja dengan Disney+ dan melihat sempadan beralih ke pekara yang kami mampu lakukan.” 

“Terdapat saat-saat [dalam siri ini] apabila Moon Knight menatap watak lain, dan ia kuat dan kejam, dan reaksi automatik “kita perlu menarik balik pekara ini, bukan?” Tidak, kita tidak akan tarik balik. Terdapat perubahan nada. Ini adalah pekara yang berbeza. Ini adalah Moon Knight.” 

Dalam pada itu, Empire turut mendedahkan imej eksklusif Moon Knight, yang memaparkan karakter utama mengenakan sut serba putih.


Siri akan datang mengisahkan Steven Grant, seorang pekerja kedai cenderahati yang berbudi bahasa, yang dibelenggu dengan memori kehidupan lain. Steven mendapati dia mengalami gangguan identiti disosiatif dan berkongsi badan dengan tentera upahan Marc Spector. Apabila musuh Steven/Marc bertumpu kepada mereka, mereka mesti mengemudi identiti mereka yang kompleks sambil dilemparkan ke dalam misteri yang membawa maut di kalangan dewa-dewa Mesir yang berkuasa.

Moon Knight dibintangi oleh Oscar Isaac, Ethan Hawke dan May Calamawy. Mohamed Diab dan pasukan Justin Benson & Aaron Moorhead mengarahkan kesemua episod.

Jeremy Slater berkhidmat sebagai ketua penulis, dan Kevin Feige, Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Brad Winderbaum, Mohamed Diab, Jeremy Slater dan Oscar Isaac sebagai penerbit eksekutif. Grant Curtis, Trevor Waterson dan Rebecca Kirsch berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama.

Moon Knight akan membuat debut di Disney+ Hotstar pada 30 Mac 2022.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee