Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Melissa McCarthy & Octavia Spencer Beraksi Dan Berkomedi Dalam Trailer “Thunder Force”


Netflix telah melancarkan trailer rasmi “Thunder Force” arahan Ben Falcone. Filem aksi komedi ini akan tersedia di Netflix mulai 9 April 2021. Anda boleh tonton trailer filem tersebut dibawah. 

Trailer dibawa menampilkan Melissa McCarthy sebagai Lydia dan Octovia Spencer sebagai Emily, dua bekas rakan baik yang secara tiba-tiba mendapat kuasa super melalui keajaiban sains. Memandangkan mereka menjadi pahlawan super yang tidak dijangka, mereka berdua mesti bersatu untuk menghentikan jenayah dan ‘supervillian’ dari terus mengganas. 

Trailer tersebut turut memberi pandangan penjahat utama yang menampilkan pelakon MCU, Pom Klementieff, Bobby Cannavale dan Jason Bateman.  

Apabila penjahat super mula mengganas didunia ini, seorang wanita telah membangunkan proses untuk memberikan kuasa super kepada orang biasa. Tetapi, ketika saintis Emily Stanton secara tidak sengaja menjatuhkan bekas sahabatnya dengan abiliti luar biasa, kedua-dua wanita itu mesti menjadi pasukan superhero pertama dunia.

Kini, terserah kepada ‘Thunder Force’ untuk menentang ‘supervillain’ Miscreants dan membebaskan Chicago dari cengkaman The King.


Barisan pelakon terdiri daripada Melissa McCarthy (Bridesmaids), Octavia Spencer (Hidden Figures), Bobby Cannavale (Ant-Man), Pom Klementieff (Guardians of the Galaxy Vol. 2), Jason Bateman (Ozark), Melissa Leo (The Fighter), dan Tyler Jackson Williams (Brockmire).

“Thunder Force” ditulis dan diarahkan oleh Ben Falcone, manakala Falcon dan McCarthy turut menjadi penerbit bersama-sama Marc Platt.

Selain “Thunder Force”, McCarthy dan Falcone turut berkerjasama dengan Netflix dalam siri komedi terbaru berjudul “God’s Favorite Idiot” yang mana mereka berdua akan membintangi siri itu. Pasangan suami isteri itu terkenal dengan beberapa hasil kerja seperti “Tammy”, “The Boss”, “Life of the Part”, dan filem HBO Max terbaru, “Superintelligence”.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee