Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Pelakon Hugh Grant dan Sophia Lillis disahkan sertai reboot “Dungeons & Dragons”, lapor Deadline.

Kedua-dua pelakon itu akan menyertai barisan bintang yang terdiri daripada Chris Pine, Michelle Rodriguez, Justice Smith dan Regé-Jean Page. Hugh Grant akan berperanan sebagai antagonis utama, manakala watak Sophia Lillis masih belum diketahui.

Grant sebelum ini telah tercalon dalam Anugerah Academy menerusi siri HBO “The Undoing”, serta telah muncul dalam mockumentari Netflix, “Death to 2020” dan juga filem “The Gentlemen” arahan Guy Ritchie. 

Sementara Lillis, dikenali menerusi peranannya sebagai Beverly Marsh dalam filem seram “It” serta membintangi siri Netflix “I Am Not Okay With This”, yang mana siri itu telah dibatalkan selepas musim pertama. Selain itu juga, Lillis turut membintangi filem “Gretel & Hansel” dan “Uncle Frank”. 

Jonathan Goldstein dan John Francis Daley menjadi pengarah dan penulis lakonlayar filem ini, manakala Paramount Pictures menjadi penerbit bersama syarikat Hasbro/eOne.

Butiran plot masih belum didedahkan, manakala watak Chris Pine, Michelle Rodriguez, Justice Smith dan Regé-Jean Page juga masih belum diketahui. 

“Dungeons & Dragons” merupakan antara perancangan eOne yang mahu mengembangkan dunia D&D dilayar perak dan televisyen. Awal tahun ini, pencipta francais “John Wick”, Derek Kolstad telah dipilih untuk mengetuai projek siri TV “Dungeons & Dragons”. Selain itu juga, beberapa siri TV D&D kini sedang dirancang pihak studio. 

“Dungeons & Dragons” akan ditayangkan dipawagam pada 27 Mei 2022.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment