Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerStreaming

Marvel Kongsikan Kata Kunci Untuk Penonton Mengakses Fail Rahsia ‘Secret Invasion’


Marvel Studios telah mengeluarkan klip preview terbaru untuk siri Secret Invasion yang akan datang. 

Peminat perlu melayari laman TheInvasionHasBegun.com dan menaip kata kunci RSD3PX5N7S untuk mengakses fail rahsia yang mengandungi klip video berdurasi 5 minit dimana seorang ejen cuba memberi amaran kepada ejen Ross tentang pencerobohan yang sedang dilakukan oleh puak Skrull. 

Secret Invaision menyaksikan Fury yang perlu bergabung dengan sekutunya untuk menghentikan pencerobohan Skrull dan menyelamatkan dunia. 

Siri terbaru Marvel Disney+ ini akan memulakan tayangan perdana pada 21 Jun 2023, dengan episod baharu akan ditayangkan setiap Rabu sehingga siri finale pada 26 Julai 2023.

Veteran MCU yang terdiri daripada Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Cobie Smulders, Martin Freeman, dan Don Cheadle akan kembali meneruskan peranan mereka.


Siri itu juga akan memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh ingsley Ben-Adir, Emilia Clarke, dan Olivia Colman


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee